Bila Harga Ayam Naik

 Penulisan kali ini, aku ingin berkongsi pandangan tentang isu kenaikan harga ayam proses di pasaran tempatan. Rakyat Malaysia suka makan ayam, sebut sahaja nama masakan yang menggunakan ayam dan ia disukai oleh pelbagai bangsa dan agama.

Ia menjadikan ayam proses sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan. Terutama ketika musim perayaan tanpa mengira apapun perayaan tersebut 

Pada sambutan Hari Raya yang lalu, permintaan ayam proses di pasaran sangat tinggi menyebabkan pengedar tidak mampu menampung permintaan menyebabkan harganya naik begitu mendadak.

Walaupun harga naik mendadak, orang ramai tetap membelinya walaupun wujud rungutan disebabkan harga yang melampau.

Ketika itu, aku melihat akan berlaku polemik berkaitan dengan ayam di pasaran dalam negara.

Ternyata, ketika ini semua sedia maklum bahawa pasaran ayam di Malaysia berhadapan dengan masalah bekalan. 

Pihak ladang dan pemborong dikatakan tidak mampu membekalkan ayam dalam kuantiti yang diperlukan disebabkan masalah tertentu.

Situasi ini menyebabkan pihak kerajaan mengambil tindakan membatalkan AP import ayam dari luar negara. Berdasarkan laporan berikut bharian dan utusan.

Kemudian kerajaan menghentikan eksport ayam proses ke luar negara yang berjumpa 3.6 ekor setiap bulan. Satu yang sangat besar ketika ini.

Ada masalah bekalan tetapi mampu eksport ayam sehingga 3.6 juta setiap bulan ke luar negara. Bukankah itu jelas, berlaku sesuatu yang pelik?. Ayam dikatakan tiada tetapi masih boleh jual pada orang lain.

Berdasarkan beberapa laporan berita seperti berikut: BharianHmetro. 

Diharapkan polemik bekalan ayam di pasaran tempatan tidak berpanjangan berdasarkan tindakan yang di ambil oleh pihak kerajaan.

Aku selaku rakyat Malaysia, berasa sedikit gusar berhubung polemik yang wujud ini. Hal ini disebabkan, menjadi kebiasaan berlaku kenaikan harga barang keperluan lain disebabkan faktor yang tidak berkaitan seperti kenaikan harga ayam proses ketika ini.

Sejujurnya Malaysia sebuah negara memiliki segalanya, seharusnya isu-isu seperti tiada bekalan ayam tidak wujud. 

Boleh eksport 3.6 juta sebulan, tetapi ayam dikatakan tiada. Nampak seperti ada permainan di situ.

Adakah pembeli atau rakyat kekal dijadikan mangsa keadaan?. Siapa yang play victim dalam isu kekurangan ayam proses di pasaran tempatan?.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?