Anak Luar Nikah

 Penulisan kali ini, aku ingin mengupas polemik berkaitan anak luar nikah. Apa itu Anak Luar Nikah?. 

Umumnya anak luar nikah atau anak tidak sah taraf merupakan anak yang dilahirkan sebelum pernikahan. Anak itu wujud mungkin disebabkan perzinaan atau rogol.

Mengapa aku tertarik untuk menulis berkaitan anak luar nikah?, mungkin ia ada berbezaan dengan sosial budaya negara ini.

Di Malaysia, secara umumnya berdasarkan pendapat peribadi aku, anak luar nikah sentiasa wujud dan mungkin akan terus wujud. 

Paling menyedihkan bila anak luar nikah ini merupakan anak dari pasangan berbangsa Melayu dan semestinya beragama Islam. Merujuk situasi di Malaysia.

Aku bukan ingin berbicara soal hukum berkaitan dengan Anak Luar Nikah, cukup untuk aku memahami buat diri sendiri tentang Anak Luar Nikah ini. Aku cuma ingin memahami tentang penerimaan masyarakat terhadap anak luar nikah ini.

Terlanjur, kebiasaan hasil dari terjadinya keterlanjuran adalah anak luar nikah. Pada pendapat aku, kemungkinan besar hampir semua keluarga tidak menerima anak hasil dari keterlanjuran tersebut. 

Mungkin disebabkan itu, kes pembuangan bayi meningkat cuma jarang aku dengar kes anak luar nikah ini diserahkan kepada keluarga angkat tanpa sebarang dokumen yang diperlukan.

Paling menyedihkan bila ada anak luar nikah ini tidak mempunyai dokumen yang diperlukan seperti surat beranak. 

Aku mempunyai ramai kenalan yang mengambil anak angkat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Segala dokumen yang diperlukan telah lengkap disediakan oleh pihak JKM.

Pada pendapat aku, hak anak itu telah terjamin bila segala dokumen telah ada sebelum proses pengambilan anak angkat dilakukan. 

Aku tidak pasti cuma berpendapat bahawa setiap kelahiran anak luar nikah berkemungkinan besar tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya. Jika ia benar-benar wujud, pihak yang menanggung masalah kelak semestinya anak itu sendiri.

Di negara ini, setiap warganegaranya mempunyai hak untuk mendapat kemudahan kesihatan termasuk pendidikan. Bagaimana seseorang anak luar nikah itu boleh mendapatkannya jika dokumen yang diperlukan disediakan.

Keluarga angkat atau penjaga, harus bersikap bertanggungjawab terhadap anak angkat mereka. Jika proses anak angkat tidak melalui JKM dan tidak mempunyai dokumen, tindakan segera harus di ambil.

Jangan ambil sikap bertangguh kerana kelak anak tersebut yang menanggung segalanya walaupun bukan salahnya. 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?