Jatuh Sakit

 Keluarga di Kelantan, dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang sepupu aku yang bekerja di Putrajaya telah dimasukan ke dalam wad ICU di Hospital Serdang Selangor.

Sebelumnya, sememangnya ibu saudara aku telah mengetahui tentang status kesihatan anak perempuannya. Pada awalnya sepupu aku ditahan di wad disyaki disebabkan penyakit gastrik, sebelum ini cousin aku telah beberapa kali ditahan di wad.

Cuma pada kali ini, ia sangat mengejutkan kami semua di kampung, apabila husband cousin memaklumkan perkembangan terkini wifenya yang kritikal kepada family di kampung. 

Setiap ibubapa pasti sedih bila melihat keadaan anak melalui video call. Tiada siapa menyangka begitu teruk status terkini kesihatan anak sulung mak cik aku.

Mak cik aku terus bergegas ke Kuala Lumpur bersama mak cik aku seorang lagi dengan menaiki Kapal Terbang. Mujur harga tiket kali ini tidak begitu mahal seperti harga tiket ketika pulang beraya sebelumnya.

Sesungguhnya benar apa yang dikata. Ujian Allah SWT hadir tanpa di duga, tinggal bagaimana kita menghadapinya. Namun Allah SWT tidak akan menguji hambanya dengan ujian diluar kemampuan.

Sesungguh ujian kesihatan merupakan dugaan yang sangat mencabar Iman dan Takwa.

Family di kampung sentiasa cuba mendapatkan perkembangan terkini cousin yang dirawat di Hospital Serdang.

Ada waktunya pihak hospital pernah mencadangkan agar cousin aku ditidurkan disebabkan tahap kesihatan yang agak tidak memuaskan ketika itu.

Sesungguh Allah SWT Maha mendengar doa hambanya, apabila pemeriksaan susulan di buat, perkembangan cousin aku menunjukan tanda positif dalam proses pemulihan. Cadangan untuk ditidurkan ditarik balik.

Aku difahamkan keadaan sepupu aku semakin stabil dan peluang untuk kembali sihat semakin cerah. 

In sha Allah, mudahan Allah SWT mempermudahkan segalanya.

Ameen ya rob......



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?