BBQ Pengantin

Malam kelmarin, ibu saudara buat sedikit majlis keraian jamuan makan khusus buat saudara-mara yang membantunya ketika Kenduri Sambut Menantu pada Sabtu yang lalu. Alhamdulillah, Kenduri Sambut Menantu berjalan lancar. Majlis Kenduri Sambut Menantu diadakan secara konsep kesyukuran.

Kebiasaan, jamuan semasa kenduri kahwin atau sambut menantu sekarang diuruskan oleh pihak katerer yang dibayar oleh tuan rumah. Kali ini, kenduri sambut menantu diadakan secara gotong-royong, mungkin tidak lama lagi kenduri kahwin atau sambut menantu secara gotong-royong sukar untuk dilihat dalam masyarakat Melayu seperti sekarang.

Aku bukan seorang yang banyak membantu ketika Majlis tersebut, namun kerana ibu saudara yang menjemput, aku hadiri sekadar memenuhi undangan. Di era endemik ini, peluang berkumpul bersama saudara-mara terdekat jangan disia-siakan kerana setelah sekian lama segalanya yang biasa kita lakukan dahulu sebelum pandemik, dilarang oleh pihak kerajaan.

Walaupun jamuan keraian diadakan secara ringkas, aku dapat melihat wajah ceria dan gembira mereka yang diraikan oleh ibu pengantin lelaki. Tambahan pula, masing-masing masih dalam mod raya. Bukankah bulan Syawal itu sebulan?. Pada aku, meraikan itu bukan terletak pada apa yang diraikan tetapi siapa yang diraikan kerana sifat manusia, pasti ingin dihargai setelah peluhan keringat dicurahkan.

Aku percaya masih banyak kenduri kahwin atau sambut menantu yang ingin diadakan dalam bentuk gotong-royong. Banyak kelebihan bila mengadakan kenduri kahwin atau sambut menantu dengan cara sedemikian kerana sambut memasak sambil bersembang. Hubungan semakin akrab kerana boleh dikatakan mereka yang terlibat dalam gotong-royong kenduri kahwin atau sambut menantu merupakan saudara-mara serta jiran tetangga jua.

Selain itu, kelebihan kenduri secara bergotong-royong ialah tiada had masa majlis untuk dihadiri oleh para tetamu. Kebiasaan jika tuan rumah melantik katerer untuk menguruskan segalanya, cukup masa yang ditetapkan. Segalanya akan disimpan oleh katerer.

Paling istimewa kenduri kahwin secara gotong-royong adalah tetapu tertentu atau mereka yang membantu dapat membungkus makanan kenduri yang berbaki untuk dibawa pulang ke rumah.

Menu BBQ Pengantin malam itu ialah ayam bakal, makanan frozen, bihun, nasi goreng dan lockching. Jika dilihat pada menunya seperti menarik cuma aku selepas raya ini, badan kembali berisi. Puasa ganti boleh mula lagi. Ibu dah nak habis hutang puasanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?