Sumpah Laknat

 Ada apa dengan Sumpah Laknat?, apakah kisah hidup aku yang terkait dengan Sumpah Laknat?. 

Aku percaya ramai yang mengetahui secara umum, apakah itu Sumpah Laknat dan sering kita melihat dan mendengar ungkapan yang disebut ketika melakukan Sumpat Laknat.

Cuma amat jarang untuk sesiapa sahaja melakukan sumpah laknat kerana ia merupakan pilihan terakhir dalam menyakinkan sesiapa sahaja berhubung perkara yang berkaitan.

Kebiasaan, kita melihat pemimpin atau individu yang berkepentingan melakukan Sumpah Laknat serta mendapat liputan Media Siaran dan Cetak. 

Kebanyakan mereka yang melakukan sumpah ini mempunyai kaitan dengan politik secara langsung atau sebaliknya.

Mengapa aku harus melakukan Sumpah Laknat?, ia terjadi ketika aku bekerja di Putrajaya. Ketika itu, aku balik kampung untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum yang aku lupa kali ke berapa.

Aku bekerja di Putrajaya sekitar tahun 2012 hingga 2015. Pasti ada sebab mengapa aku harus melakukan Sumpah Laknat dan sesungguhnya ia bukan dipaksa atau bukan aku ingin membuktikan sesuatu.

Sumpah laknat yang dibuat merupakan syarat yang kenakan sekiranya inginkan bantuan yang disediakan oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Mujur Sumpah Laknat yang aku buat tidak memakan diri sendiri. Aku percaya Allah SWT Maha mengetahui segalanya termasuk Sumpah Laknat yang aku lakukan. 

Benda lama berlaku mengapa baru sekarang aku kongsikan?, kadangkala aku terlupa beberapa kisah atau perbuatan yang dilakukan sebelum ini dan salah satunya adalah Sumpah Laknat

Aku sekadar berharap melalui perkongsian ini, jangan sesiapa yang sanggup melakukan apa yang aku lakukan. 

Kita hidup harus mempunyai prinsip jangan sesekali biarkan ia tergadai dengan nilai yang begitu murah pada pendapat aku kini.

Cuma apa yang boleh aku katakan bahawa ketika itu, apa sahaja tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat merupakan strategik pihak-pihak yang berkaitan. 

Cuma setelah sekian lama, aku terasa amat bodoh kerana sanggup melakukan Sumpah Laknat tersebut. 

Melakukan satu perbuatan yang agak berat dalam Islam tetapi bagaikan tiada apa-apa pada pihak yang meletakkan syarat tersebut.

Kisah Sumpah Laknat hanya satu kisah dari pelbagai kisah yang terjadi dalam kehidupan manusia sekarang. 

Percayalah masih ada kisah yang lebih teruk yang sanggup dilakukan oleh manusia demi mendapatkan imbalan.

Aku percaya ada manusia yang sanggup menjadi penunggang Agama demi kepentingan peribadi. Sesungguhnya siapa yang mampu menolak kuasa atau kemewahan yang ditawarkan di depan mata?. 

Ramai yang mempunyai ilmu namun adakah ramaikah yang mempraktikan ilmu yang ada?, terutama ilmu agama?.

Oleh itu, seandainya masih ada waktu, kembalilah ke pangkal jalan, insaf dan taubat di atas apa yang dilakukan. 

Aku tidak pasti bagaimana keadaan mereka yang meletak syarat Sumpah Laknat tersebut. Mungkin terselamat di dunia tetapi belum pasti di akhirat nanti.

Sekian.................


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?