Pemilihan Parti

 Rasanya aku masih bukan ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia sepanjang ingatan aku, namun mungkin aku terlupa sekiranya nama aku ada di senarai ahli parti politik.

Namun sepanjang tempoh yang lalu, aku tidak pernah dipanggil untuk menghadiri pemilihan parti, sama ada peringkat cawangan, daerah, negeri atau pusat.

Beberapa hari yang lalu, berlangsung pemilihan parti PKR di kawasan Kedai Ketereh. Berdasarkan pemerhatian secara rambang, aku melihat PKR di kawasan Kedai Ketereh mempunyai ramai ahli, bukan hanya terdiri dari golongan veteran tetapi turut disertai golongan muda.

Pendapat aku dipersetujui oleh ahli PBM kawasan Kedai Ketereh yang turut menjadi pemerhati secara tidak langsung.

Aku tertarik kepada penglibatan golongan muda kerana pada PRU ke-15 akan datang, rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun telah boleh mengundi buat kali pertama. 

Janji apakah yang ditawarkan oleh parti politik kepada pengundi 18 ini kelak?.

Aku tidak tahu tentang pemilihan parti UMNO atau PAS atau Amanah di kawasan Kedai Ketereh ini.

Cuma aku beranggapan bahawa parti UMNO atau PAS pasti mempunyai lebih sokongan dari kelompok veteran dan muda di negeri Kelantan ini.

Pendapat aku berdasarkan data PRU ke-14 yang lalu, melihat kedudukan parti di peringkat DUN atau Parlimen di Kelantan. Parti UMNO dan PAS seperti lebih dominan.

Undi 18 bakal merubah landskap politik negara?. Mungkin, namun masa masih ada untuk segala kemungkinan berlaku. Lihat sahaja hasil Pilihan Raya Negeri di Johor.

Cuma aku berpendapat, sekiranya pucuk pimpinan parti mula memberi ruang kepada ahli kelompok muda untuk menentukan arah tuju parti mungkin transisi yang berbeza bakal di lihat pada PRU ke-15.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?