Kahwin Hari Raya

 Alhamdulillah, hanya sekali lafaz. Saudara terdekat aku kini sah menjadi suami kepada pasangannya. Majlis Perkahwinan di adakan pada Syawal ke-4, ketika umat Islam masih dalam mod berhari raya. 

Paling istimewa dan mungkin buat kali terakhir, semua ahli keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur, pulang beraya di Kelantan pada kali ini disamping menghadiri kenduri mak cik aku ini. 

Maklumlah sebelum ini, setiap kali sepupu aku yang tinggal di Kuala Lumpur kahwin, pasti mak cik-mak cik yang tinggal di Kelantan akan pergi ke Kuala Lumpur untuk meraikan perkahwinan tersebut. 

Setelah masing-masing mempunyai keluarga, kini tiba masa untuk mereka meraikan perkahwinan saudara mereka di Kelantan. Walaupun terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya ketika balik ke Kelantan dan ketika balik semula ke Kuala Lumpur.

Walaupun Aidilfitri kali ini menimbulkan polemik dikalangan Umat Islam di Malaysia, sehinggakan harga bahan mentah seperti ayam dan daging naik mencanak. 

Alhamdulillah majlis perkahwinan berjalan dengan lancar malah meriah dengan kehadiran saudara-mara seperti aku katakan sebelum ini.

Bila melihat saudara terdekat kini bergelar suami orang. Aku tersenyum sendirian, begitu pantas masa putar kini mereka yang aku anggap masih remaja kini telah meningkat dewasa dan akhirnya mendirikan rumah tangga bersama takdir yang ditentukan buatnya.

Berkahwin di hari raya, membuatkan Aidilfitri kali ini cukup istimewa kerana sanak saudara yang jauh di mata kini berhimpun bersama. Tahun depan belum tentu bertemu mata. Malah ada saudara-mara sudah mempunyai anak-anak, baru sahaja si kecil mengenal saudara kerana biasa hanya mendengar suara.

In sha Allah, lusa jamuan kenduri sebelah lelaki, meja dan kerusi telah siap disewa. Hanya tunggu makanan siap dimasak untuk di rasa, tidak seperti biasa hanya siapkan wang, segera ada pihak katerer mengangkat tangan sudi melakukan segalanya.

Setelah 2 tahun, situasi telah berbeza. Aku suka bila ada kenduri dalam keluarga kerana ia menandakan saudara yang jauh bakal tiba, maklumlah hidup ini semakin tidak terduga adakah esok atau lusa masih ada untuk kita yang masih tersisa.

Namun lusa, penamat cerita berkahwin di hari raya apabila semua saudara bakal pulang ke rantau semula termasuk abang aku juga. Entah bila pula bakal bertemu mata. Hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya. Aku harus akui rasa sayu di hati kerana hakikat kita suka berkumpul dan berseloka. Namun menjadi hukum dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya.

Berkahwin di Hari Raya, Ibadah dalam mood yang indah. Ketika peluang dan ruang semakin terbatas untuk kita bergelar insan.Keluarga kecil ini bertemu kerana Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT jua.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?