Ramadhan di Universiti

Di antara kenangan yang manis sepanjang aku bergelar pelajar universiti adalah ketika tiba bulan Ramadhan. Semestinya suasana berpuasa bersama kawan-kawan di universiti tidak sama seperti berpuasa bersama keluarga di kampung. 

Sebelum aku berjaya memasuki Universiti, kebiasaan bila tiba bulan puasa. Aku berbuka ditemani abah, ma dan abang. Aku hanya ada 2 orang adik-beradik. Kebiasaan, ma akan memasak apa yang sesuai dengan selera abah bila berbuka nanti. 

Di bulan Ramadhan, waktu yang menarik perhatian ketika di Universiti adalah waktu bersahur. Bagi kolej kediaman ke-7, kami bersahur di dewan makan.

Dewan makan dibuka untuk para pelajar muslim bersahur adalah pada pukul 3.00 pagi. Ada pelajar yang makan di dewan makan, ada yang bungkus makan dalam bekas untuk bersahur lewat sikit dari masa di dewan makan.

Pukul 4.00 pagi, dewan makan akan ditutup. Jika ada pelajar yang bangun lewat, memang bersahur dengan air kosong atau dengan makanan yang di bilik tidur. Cuma ada waktunya ada pelajar non-muslim yang ingin mengambil makanan di dewan makan waktu kami bersahur. Kebiasaan, mereka dilarang oleh pekerja dewan makan.

Aku kebiasaan, bila tiba bulan Ramadhan, bersahur di dewan makan tetapi tidur di surau kolej kediaman. Kononnya ingin buat ibadah tapi kebiasaan aku gagal. Surau berada di kawasan kolej kediaman wanita. 

Bulan puasa, perkara biasa terjadi ialah pelajar terlepas waktu sahur dan kelas pada waktu pagi. Jika kelas pukul 8 pagi, boleh dikatakan kerap aku terponteng kerana tidak sedar jam loceng berbunyi. Salah satu alasan aku tidur di surau ialah untuk untuk mengelak terlepas solat subuh

Bila waktu berbuka pula, boleh dikatakan hampir sepenuhnya aku berbuka puasa di dewan makan.  Cuma kadang-kadang aku minta tolong roomate untuk tapaukan, nak minta tolong kekasih, tiada seorang pun siswi yang suka kat aku.

Ada dikalangan kami yang keluar mencari makanan di bazar ramadhan kerinchi atau pantai dalam. Maklumlah hanya waktu ini, banyak pilihan makanan ditawarkan buat pengunjung. Bagi pelajar yang ada motorsikal, mudah bagi mereka untuk ke kerinchi atau pantai dalam.

Ada satu ketika, pengerusi dan ajak Balai Islam cuba menganjur majlis berbuka puasa menggunakan talam, iaitu para pelajar muslim berbuka puasa sambil berkongsi makanan di dulang yang sama. Cuma tidak ramai yang sanggup berbuka dengan cara demikian, akhirnya diubah pada saat akhir sebelum masuk waktu berbuka puasa. 

Ada satu ketika, aku menyambut Ramadhan ketika semester break. Ia disebabkan aku join program kolej kediaman yang memerlukan gerak kerja sepenuhnya. Dewan makan ketika itu tutup, maka siswa/i yang tinggal di kolej bagi program terbabit harus usahakan sendiri, makanan untuk berbuka.

Bagi siswi, mereka memasak manakala siswa berbuka puasa di Masjid yang berdekatan. Kami biasa berbuka di Masjid TNB yang berdekatan dengan Universiti. Namun, pada satu masa, Masjid penuh untuk berbuka. Waktu sangat dekat untuk masa berbuka, senior aku bergegas membawa kami ke masjid lain dan semestinya paling dekat dengan UM adalah Masjid Negara.

Moment paling berharga pada aku ialah berbuka puasa dengan warga asing di Masjid negara ketika itu. Kami beratur bersama-sama mengambil makanan yang disediakan oleh Masjid Negara. Di waktu yang lain, kami berbuka puasa di Masjid Wilayah. Walaupun kami menempuhi pelbagai pengalaman untuk menjayakan program kolej kediaman, ia gagal dilaksanakan kerana masalah kewangan.

Ada kisah lain berkenaan dengan Ramadhan ialah aku dengan roomate, terlajak tidur. Sedar sahaja hampir waktu Subuh. Aku hanya sempat minum air masak sahaja manakala roomate aku, baru sahaja nak makan roti, azan berkumandang. Aku ingat roomate stop makan, tapi masih kunyah. Dalilnya makanan dah ada dalam mulut.

Terawih di Universiti, tiada masalah. Alhamdulillah, Kolej Kediaman Za'ba mempunyai ramai penghuni yang belajar di APIUM. Kebiasaan ustaz hafiz subahir atau ustaz abdullah salleh atau ustaz karim yang menjadi Iman ketika solat terawih.

Alhamdulillah, aku berkesempatan sambut Ramadhan di Universiti, di Kolej Kediaman Za'ba, sepanjang 3 tahun aku menjadi Mahasiswa. Walaupun orang nampak aku seperti budak surau ketika itu. Hakikat aku bad boy, mujur berkawan dengan insan-insan hebat seperti ustaz hafiz subahir dan ustaz abdullah salleh.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?