Temuduga di KWAP


Pada tahun 2007, aku mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga di Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) Kuala Lumpur. Ketika itu, aku sedang menjalani kursus di MAHB, tarikh tamat latihan semakin hampir, semakin banyak permohonan terbuka yang aku hantar.

Aku tidak dimaklumkan sebarang maklumat yang perlu diketahui sebelum sesi temuduga bermula. Hanya satu panggilan telefon yang meminta aku menghadiri temuduga pada tarikh dan waktu yang dinyatakan. Selain aku, ada beberapa orang calon yang turut sama menanti giliran untuk ditemuduga. 

Aku merasakan bahawa semua calon yang menghadiri temuduga tersebut merupakan lepasan Universiti seperti aku pada ketika itu. Mencuba peluang ada demi mencapai impian yang diimpikan. Mungkin pada pemikiran aku waktu itu.

Sesi temuduga bermula, nama aku di panggil, ketika memasuki ruangan temuduga, tiba-tiba aku terasa suhu sekeliling semakin meningkat, dihadapan aku kini ada 5 panel penemuduga yang sangat berkarisma pada pemerhatian aku.

Aku diberi pilihan dari segi penggunaan bahasa sepanjang sesi berlangsung, adakah aku selesa berbahasa melayu atau bahasa english?. Semestinya loghat kelantan tidak termasuk dalam pilihan yang diberikan.

Wakil penemuduga memaklumkan bahawa sesi temuduga tersebut diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan kerani. Mendengarnya membuatkan aku tertelan air liur kerana baru level bawah, bahangnya sangat panas.

Temuduga berjalan hampir 10 -15 minit, berdasarkan respon penemuduga ketika itu, aku dapat mengagak bahawa keputusannya untuk aku adalah GAGAL. Mengapa?, ayat yang biasa didengari oleh aku apabila keputusannya gagal ialah "Pihak kami akan menghubungi pihak encik di masa akan datang". 

Ketika itu, aku redha kerana kegagalan itu berpunca dari diri sendiri yang kurang bersedia, bahkan banyak kesilapan kecil yang aku lakukan walau secara tidak sengaja.

Salah seorang panel bertanya, ada sebarang soalan ingin dikemukakan sebelum sesi ditamatkan. Secara spontan, aku bertanya tentang rumusan mereka terhadap aku sepanjang sesi berlangsung. 

Malah, aku meminta tips dari mereka, agar dapat membaiki kelemahan aku yang mereka lihat sepanjang temuduga. Mana-mana majikan pasti nampak kelebihan atau kelemahan bakal pekerja mereka.

Aku melihat para penemuduga memberi reaksi seperti terkejut apabila mendengar soalan yang dikemukakan oleh aku. Semestinya soalan yang dilontar merupakan soalan trick untuk mengetahui aku berjaya atau tidak.

Dipendek cerita, selang seminggu dari tarikh aku ditemuduga, aku berjaya mendapat jawatan tersebut cuma terpaksa ditolak kerana abah ingin aku pulang ke kampung. Mungkin nama aku telah disenarai hitam oleh agensi terbabit, namun aku harus taat pada arahan ibubapa aku terutama abah.

Mana-mana anak pasti mengerti apa yang aku rasakan apabila mempunyai seorang bapa, bekas askar yang sangat tegas dan garang dengan anak-anaknya.

Aku ketika itu belum mengerti mengapa sehingga abah meninggal dunia pada tahun itu juga. Sesungguh setiap apa yang berlaku semestinya ada hikmah yang tersembunyi. 

Seandainya aku meneruskan kerja di KWAP, mungkin nasib aku berbeza dari sekarang. Mungkin aku dah berkahwin dan mempunyai keluarga impian seperti orang lain miliki ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?