Bila Ramadhan Sangat Hampir


Hari ini, ma berhajat untuk memasak ikan siakap tempoyak. Awal  - awal pagi lagi, aku pergi ke pasar basah pekan Ketereh untuk mendapatkan ikan yang dihajati oleh ma. Jam di tangan menunjukan waktu 7.30 pagi.

Pagi ini, keadaan pasar basah ikan segar, agak lengang, aku cuba melihat jenis-jenis ikan segar yang ada pagi ini. Sejujurnya, sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini, aku baru belajar mengenal ikan dengan lebih fokus lagi.

Ikan siakap sekilo dalam anggaran harga RM19.00 untuk 2 ekor, manakala sekilo sotong, dengan harga hampir mencecah RM30.00. Total harga keseluruhan hampir mencecah nilai RM50.00. Ikan-ikan ini kebiasaan akan menjadi lauk dalam sehari - dua sahaja.

Bukan hanya ikan harus aku beli pagi ini, tetapi harus sama membeli sambal daging, makanan kering yang bakal menjadi kegemaran untuk bersahur nanti.

Balik rumah, ingatkan ma boleh bersihkan ikan siakap yang dibeli, rupanya tak, mujur achik sanggup bersihkan kerana ikan siakap kulitnya lebih keras berbanding ikan biasa. Masih ada bahan-bahan keperluan yang belum dibeli, bahan utama ialah tempoyak itu sendiri.

Runner keluarga di hubungi, tidak sampai 5 minit, sudah terpacak di depan rumah, bukan orang lain, 2 pupu aku juga. Kos membeli bahan-bahan hampir mencecah RM15, tidak termasuk upah runner.

Ketika ma dan achik sibuk di dapur, aku ambil peluang untuk memperbaharui cukai jalan motorsikal termasuk insuran. Rupanya sepanjang tempoh PKP, segala urusan pembaharui cukai jalan raya ditunda sehingga tamat tempoh PKP. Hanya urusan pembayaran ansuran berjalan seperti biasa.

Suasana di pejabat pos, walaupun ketika PKP, masih ramai juga pelanggan, cuma peraturan penjarakan sosial tetap dipatuhi. Kebanyakan pelanggan merupakan usahawan kecil online. Aku bangga melihat anak bangsa pandai berniaga, mencari peluang walaupun ada orang kata bangsa aku ini merupakan bangsa pemalas.

Nasib baik aku dapat bantuan prihatin nasional, bolehlah wang tersebut aku guna untuk membayar kos ansuran motorsikal yang masih dikategorikan mahal bagi aku.

Alhamdulillah, bekalan air kembali pulih, walaupun aku dengar masih ada kawasan masih terganggu, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita untuk menyambut Ramadhan yang sangat hampir.

Esok, aku plan nak beli kuali baru untuk ma, maklumlah aku yang sebenarnya menjadi tukang masak rumah. Penat tetapi aku harus lakukan juga, nak kahwin belum Allah SWT izinkan. Nak bayar fidhiah pun belum mampu. 

Semoga Allah SWT mempermurahkan rezeki ku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?