KISAH SEBUAH SUMBANGAN

KISAH SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 MALAYSIA 2020


Aku bukan berniat ingin memburukan sesiapa atau mana-mana pihak berkenaan, sekadar berkongsi apa yang aku rasa apabila berlaku situasi yang tidak aku gemari.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di Malaysia, banyak NGO atau pihak termasuk Parti Politik memberi sumbangan barangan keperluan buat rakyat Malaysia yang memerlukan terutama bagi mereka yang terputus sumber pendapatan.

Alhamdulillah, walaupun keluarga aku dalam kategori B40, namun kami masih mampu membeli barangan keperluan asas sepanjang PKP dilaksanakan. Kiranya kami tidak akan berada dalam situasi kebuluran.

Aku tidak ambil kisah sangat soal sumbangan barang keperluan asas oleh mana-mana pihak, aku tahu masih ramai yang dalam keadaan susah apabila PKP dilaksanakan kerana hilang sumber pendapatan harian keluarga.

Aku sejujurnya tidak kisah jika keluarga aku tidak menerima sebarang sumbangan dari mana-mana pihak, cuma apa yang dikesalkan ialah cara pengurusan sumbangan itu dilakukan yang mungkin menimbulkan rasa amarah di hati ini.

Memasuki tahun ke-5, aku masih berada dikampung membuatkan emosi dan fikiran aku mudah terganggu. Sering kali aku rasakan maruah aku diperkotak-katikan. Aku sedar ia sekadar halunisasi diri ini semata-mata, namun aku tetap manusia yang meluahkan apa sahaja rasa termasuk amarah.

Pengalaman lalu, membuatkan aku trauma dengan cara pengurusan dilakukan terutama jika melibatkan bantuan atau sumbangan dari ahli politik. Dari aku kecil sehingga usia sekarang, aku belum melihat satu pun jasa ahli politik yang arwah abah sanjungi sehingga akhir hayatnya.

Pisang telah buah lagi, aku harus belajar mengatakan tidak apabila ada pihak cuba memberi harapan yang akhirnya palsu belaka. M.Onya senang, datang rumah, ambil maklumat peribadi kemudian senyap.

Sejujurnya daerah ini, cara mainan politiknya agak memualkan pada pandangan peribadi aku. Apapun hidup masih perlu diteruskan, walaupun orang luar nampak aku yang salah atau beremosi. Terserah kerana Allah SWT MAHA ADIL atas segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?