HARI KE-2 RAMADHAN

PENGISIAN HARI KE-2 RAMADHAN 1441 HIJRAH DAN 2020 MASIHI

Memasuki hari ke-2 dalam bulan Ramadhan, keadaan lebih baik tambahan pula keadaan cuaca yang agak redup berbanding hari biasa membuatkan rasa lebih selesa.

Hari ini, menu masakan pada awalnya ingatkan sekadar mungkin, ikan tenggiri masak kuning, kena pula dengan sambal belacan, sememangnya membuka selera. Cuma apa yang aku perasan, keinginan berbuka pada kali ini lebih kepada menikmati minuman yang menyejukan tekak.

Hari ini sahaja, kos membeli air untuk berbuka mencecah RM21 ringgit bagi 7 bungkus air. Aku order carot susu sebanyak 3 bungkus, bandung cincau air, sebungkus, milo ais cincau sebungkus, teh o ais limau sebungkus & sirap limau ais sebungkus. 3 bungkus carrot susu itu untuk diberikan kepada saudara-mara terdekat bagi buka puasa.

Manakala menu untuk makanan pula, abang beli di kedai, ayam masak pedas 3 ketul, daging, ayam masak paprik. Menjadikan sajian dari ala kadar kepada sajian sangat meriah sedangkan berbuka hanya kami 3 beranak.

Alhamdulillah, petang ini kami mendapat rezeki tambahan iaitu roti puri dan kueh teuw goreng yang diberikan oleh ibu saudara sebelah rumah. Jika ikutkan nafsu sememangnya ingin habiskan semua, itu sifat manusia, hakikatnya minum sahaja air pada gelas ke-2, rasa kenyang itu hadir.

Alhamdulillah, abang menjadi Iman untuk solat sunat terawih bagi sanak-saudara yang melakukannya di rumah. Manakala aku beribadah menyendiri kerana rasa kepenatan selepas berbuka.

Waktu bersahur, lupa untuk aku kongsikan keadaannya, walaupun sajian tetap meriah tetapi apabila menyentuh soal sahur, meminum air dan sedikit nasi sangat mencukupi.

Rasanya seperti biasa, kita tidak akan terasa bahawa Ramadhan akan berlalu dengan pantas tanpa kita sedari, hakikat tahun depan belum tentu lagi ketemu sekali lagi dengan Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?