RAMADHAN 2020


Jika dihitungkan rasanya tinggal 20 hari lagi untuk seluruh Umat Islam di dunia, termasuk Malaysia memasuki bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan, bulan kerahmatan. Semestinya kita mengetahui bahawa apabila tibanya Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di siang hari dan disarankan menunaikan solat sunat terawih di malam hari.

Cuma Ramadhan kali ini, pasti memberi suasana sayu atau sedih dihati kita semua. Kita sedia maklum bahawa di antara yang menarik apabila berada di bulan Ramadhan adalah kemeriahan Baazar Ramadhannya. Disebabkan, kita ketika ini sedang mengharungi ujian Pandemik COVid19, ketetapan telah dibuat di beberapa buah negeri iaitu tiada penganjuran Baazar Ramadhan pada tahun ini demi mengelak berlaku penularan Pandemik COVid19.

Bahkan berkemungkinan besar, tiada solat sunat terawih di Masjid sekiranya penularan Pandemik COVid19 masih gagal dihentikan di Malaysia.Walaupun ia sangat mendukacita namun kita harus sama-sama kuat mengharungi situasi tersebut serta sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Semestinya ramai peniaga di Baazar Ramadhan telah sekian lama merancang menu jualan juadah berbuka pada Ramadhan kali ini namun sesungguhnya kita hanya mampu merancang hanya Allah SWT Maha menentukan segalanya. Aku pasti ada setengah pendapat menyatakan bahawa seri Ramadhan terletak pada Baazarnya & Solat Sunat Terawih. Apabila satu salah atau keduanya tiada sememangnya pasti mendatangkan kedukaan.

Ketika berkesempatan kita tidak hargai apabila hilang baru terkial-kial ingin kembali. Itu hakikat fitrah makhluk bernama manusia kan?. Diharapkan semoga Allah SWT melindungi kita semua dari Pandemik ini.Walaupun sedih namun hakikat itu yang harus diterima oleh seluruh umat Islam. Ramadhan kali ini sangat berbeza dan tidak tahu sampai bila.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?