Ramadhan Dalam Norma Baru


Alhamdulillah, sahur pertama di bulan Ramadhan pada tahun ini, ketika situasi semasa masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Di temani, ma, abang & firman (cousin). Makanan pula ala kadar sahaja, maklumlah sahur pertama, selera masih agak terbantut ketika waktu menunjukkan pukul 4.30 pagi.

Ramadhan kali semestinya sangat besar perbezaannya berbanding sebelumnya. Tiada Baazar Ramadhan untuk para Umat Islam tertumpu untuk mencari juada berbuka. Apa lagi minuman pilihan yang hanya berjumpa di bulan Ramadhan sahaja.

Di pantai timur, keadaan cuaca sangat panas, sehinggakan ada yang sanggup mandi sehingga 10 kali sehari demi menghilangkan bahang kepanasan tersebut. Manakala di pantai barat pula, cuaca sangat mendung dengan hujan yang sangat kerap turun sehingga berlakunya banjir kilat di kawasan tertentu.

Mak cik aku yang tinggal di rumah pusaka arwah atuk, sebelum zohor telah menyiapkan menu masakan untuk berbuka. Aku & ma pula hanya mula siapkan menu masakan selepas asar.

Agak simple tetapi menyelerakan iaitu ikan patin masak tempoyak, ikan goreng & sambal belacan. Kemudian ibu saudara sebelah rumah menyedekah kami menu mee kari. 

Berbuka bertiga, takat selera tidak begitu mengujakan kerana tekak ini sangat inginkan air batu untuk membasahkan tekak yang baru terasa keringnya.

Ia terjadi lagi apabila selesaikan sahaja kami berbuka, perut masing-masing dan naik beberapa inci ukur lilitnya. Maklumlah beberapa jam tempoh berpuasa, perut baru selesa berehat tiba-tiba dikejutkan dengan makanan yang agak banyak juga kami makan.

Waktu solat pula, mata ini, begitu berat untuk diangkat kerana kepenatan atas faktor kekenyangan.KPI Ramadhan aku untuk hari pertama masih di takat 3/10, in sha Allah aku akan berusaha untuk membaiki takat KPI aku sebelum menuju akhir Ramadhan.

Walaupun tiada baazar ramadhan, aktiviti peniagaan masih aktif apabila masing-masing menawarkan menu juadah berbuka mereka melalui online sehingga roti john pun dibuat pembelian secara Cash On Delivery (COD).

Malah pilihan lebih banyak berbanding hadir di Baazar Ramadhan. Cuma tinggal keyakinan kita selaku pembeli kerana menjadi kebiasaan apabila ada peniaga yang menjual makanan yang dipanaskan.

In sha Allah 29 hari lagi untuk kita selusuri Ramadhan, cuma jangan fokus pada makanan sahaja tetapi fokus pada ibadah untuk yang paling utama. In sha Allah semoga kita mencapai KPI 10/10 bagi Ramadhan kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?