PRIHATIN RAKYAT

 BANTUAN 


Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas, kini kita memasuki bulan April bagi tahun 2020. Pelbagai kisah telah tercatat di bulan March.

Malah ada kesinambungan hingga bulan ini iaitu isu glocal yang sedang melanda dunia, isu pandemik COVid19 yang telah meragut ribuan nyawa, bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Demi memastikan ekonomi negara terus dalam keadaan baik, pihak kerajaan telah menyuntik dana pakej rangsangan ekonomi sebanyak 250 billion, satu jumlah yang sangat besar memandangkan kerajaan terdahulu sering menyatakan bahawa kewangan negara agak kritikal dengan hutang.

Apa yang pasti, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sangat menggembirakan rakyat secara keseluruhan kerana pakej tersebut menyentuh kepentingan kumpulan B40 & M40.

Malah skim bantuan prihatin rakyat yang diberi secara one-0ff sangat tepat ketika rakyat sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang berada di fasa ke-2 iaitu dari 1 April sehingga 14 April 2020.

Bantuan Prihatin Rakyat turut melibatkan golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas iaitu termasuk aku sendiri, bagi pendapatan di bawah 2000 ringgit, nilai bantuan yang diberikan sebanyak RM800 sahaja manakala bagi pendapatan atas RM2000 akan mendapat RM500 sahaja.

Bagi aku secara peribadi nilai bantuan yang dinyatakan sangat-sangat mengembirakan kami golongan bujang terutama aku yang tergolong dalam kumpulan bujang tua.

Sesungguhnya Pandemik COVid19 mendatangkan banyak kesan kepada dunia, ia bukan sekadar melibatkan kesihatan tetapi menjejaskan ekonomi, apabila pihak kerajaan terpaksa mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan.

Seluruh institusi pendidikan dikehendaki ditutup, malah syarikat-syarikat juga harus menutup operasi buat seketika dalam tempoh PKP dilaksanakan.

Secara tidak langsung, ada pihak terjejas sumber pendapatan, maka demi menyelamatkan semua pihak, langkah kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi sangat tepat pada waktunya. Walaupun ada pihak mempertikaikan kerana pembentangan pakej tersebut tidak melalui Dewan Rakyat.

Bagi aku, kerajaan ketika ini telah melakukan segalanya sebaik mungkin, bahkan tidak keterlaluan untuk aku katakan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kerajaan Pakatan Harapan sebelum itu.

Walaupun PRIHATIN turut mengundang isu samping, namun rasanya aku tidak perlu kupaskan kerana menjadi normal kehidupan, pasti ada yang tamak dan inginkan sama apa yang ingin ditawarkan kepada mereka yang sangat memerlukan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?