Keluhan Rakyat Kecil

 Hari demi hari, semakin terasa apa yang berlaku ketika ini. Peningkatan kos terhadap barangan keperluan, menyebabkan semakin ramai yang mula berbelanja dengan berhemat.

Di Pekan Ketereh ini, majoriti penduduknya orang Melayu, majoriti penduduknya dalam kelompok pendapatan B40. Aktiviti utama di Pekan ini semestinya perniagaan.

Ada penduduknya yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih atau nasi siap bungkus seperti nasi lemak. Kuantiti kuih atau nasi siap di bungkus tidak sebanyak mana. Jika jualan habis dijual, hasil jualan sekitar RM20 - RM50 sehari.

Jika sehari tidak menjual kuih atau nasi siap bungkus, maka tiada pendapatan untuk hari tersebut. Tiada sumber pendapatan lain pula.

Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga kecil kuih dan nasi siap bungkus mula mengeluh. Hasil jualan mereka semakin kurang. Setiap hari banyak kuih yang tidak terjual, sama seperti nasi siap bungkus.

Kebiasaan kuih atau nasi siap bungkus di hantar ke warung atau gerai kuih seawal 8 pagi setiap hari. Dari pagi hingga petang, bila peniaga datang untuk mengutip hasil jualan. Masih banyak kuih dan nasi siap bungkus tidak terjual.

Untung memang tiada, modal untuk berniaga hari berikutnya perlu yang baru disebabkan hasil jualan semakin berkurangan kecuali waktu hujung minggu atau cuti sekolah.

Itulah situasi yang sedang dihadapi oleh peniaga kecil di Pekan Ketereh ini, bahan mentah untuk membuat kuih atau nasi siap bungkus semakin naik. Hasil jualan pula semakin menurun. Apa pilihan yang mereka ada?.

Pemimpin negara sibuk untuk nampak mereka bekerja tetapi hasilnya masih sama, minyak masak sukar diperolehi. Bahan-bahan mentah semakin naik harga. Bahkan harga ais ketul naik sehingga RM1 bagi sebungkus besar.

Maka tidak hairan jika inflasi seperti semakin naik walaupun nilai kenaikan kecil. Belum lagi melihat nilai OPR yang masih berlaku peningkatan. Pilihan yang kita ada ketika ini?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?