Berjaya Temuduga JKOM

 Aku pernah kongsikan sebelum ini tentang pengalaman aku menghadiri temuduga melalui atas talian bagi jawatan Pegawai Penerangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM).

Alhamdulillah, aku berjaya dalam temuduga tersebut. Aku bakal melaporkan diri ke ibu pejabat JKOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Sejujurnya aku teruja bila mengetahui aku harus melaporkan diri ke Putrajaya.

Aku terlebih dahulu harus menjalani pemeriksaan kesihatan. Tentang kediaman pula, ikhwan bersetuju untuk tumpangkan aku sehingga berjaya dapatkan bilik untuk di sewa. Maklumlah perkara yang agak sukar di Putrajaya ini adalah mencari tempat tinggal.

Aku sedar tentang satu perkara iaitu aku masih belum pasti, siapa bakal menjaga ibu bila aku memulakan tugas nanti. Cousins aku yang sebelum ini menjaga ibu ketika aku bertugas di Putrajaya sekitar tahun 2012 sehingga 2015 telah meningkat dewasa. Si kakak telah berkahwin manakala si adik telah melanjutkan pelajaran di institut bawah KKM.

Aku cuba bertanya kepada ibu saudara aku yang tinggal berdekatan. Mereka hanya boleh menjenguk bila ada waktu lapang, untuk menjaga sepanjang waktu seperti aku menjaga ketika ini. Amat sukar.

Waktu semakin singkat, pemeriksaan kesihatan masih belum dilakukan. Aku terhimpit di antara keinginan dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Terpilih sebagai pegawai JKOM merupakan satu peluang keemasan kepada aku tapi bagaimana ibu?.

Setelah aku memikirkan segalanya dengan mendalam, aku terpaksa menolak tawaran tersebut. Hati aku bersuara, biarlah aku melakukan sedikit pengorbanan dengan menjaga ibu yang semakin tua. Mungkin ada rezeki lain yang bakal menanti buat aku.

Salah satu niat aku, jika berjaya mendapatkan kerja. Aku ingin mengumpul duit untuk berkahwin. Sesungguhnya aku hanya mampu merancang, Allah SWT juga Maha menentukan segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?