Krisis Ekonomi 2023

 Dunia di jangka bakal menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 2023. Krisis yang tidak dapat dielakan, berkemungkinan melibatkan banyak negara. Bagaimana Malaysia?, adakah terkesan atau sebaliknya?.

Berdasarkan beberapa artikel seperti utusan, awani atau dnews. Krisis ekonomi pasti akan berlaku cuma tahap kesan yang bakal dihadapi oleh negara yang terbabit tidak dapat dijelaskan.

Berdasarkan artikel berikut bharian, Malaysia merupakan negara yang pasti terkesan dengan krisis ekonomi dunia pada tahun 2023. Pada pemahaman aku, pembolehubah yang digunakan dalam menentukan tahap krisis ekonomi negara ialah nilai kadar inflasi atau OPR negara.

Aku bukan seorang ahli ekonomi. Cuma ingin meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin politik yang tidak pernah penat berebut kuasa.

Rakyat Malaysia ketika ini, baru sahaja ingin memulakan perjalanan hidup baru setelah mengharungi tempoh pandemik yang begitu sukar. 2 tahun dikenakan PKP, ada dibuang kerja, perniagaan terpaksa ditutup.

Bila aktiviti mula kembali seperti biasa walaupun masih ada kekangan, harus menempuhi kenaikan harga barang keperluan. Nilai RM50 sekarang seperti nilai RM5 sahaja. 

Aku melihat rakyat hidup susah itu pasti tetapi amat jarang aku lihat dan dengar pemimpin politik hidup susah atau menderita. Kini berdepan pula dengan inflasi dan krisis ekonomi.

Pemimpin politik sibuk nak pilihan raya umum disegera dengan menggunakan rakyat sebagai alasan. Padahal bagaikan ada udang disebalik batu. Sekali lagi, aku tegaskan tekanan untuk diadakan pilihan raya umum ketika ini bukan datang dari pembangkang tetapi dari dalaman kerajaan itu sendiri.

Tempoh yang sepatutnya Dewan Rakyat dibubarkan adalah Julai 2023. Pada aku, ia tidak lama lagi. Eloklah waktu dan wang yang ada digunakan untuk membantu rakyat bukan dihabiskan untuk pilihan raya umum yang masih boleh ditangguh.

Aku takut untuk membayangkan apa yang bakal menanti rakyat Malaysia pada tahun 2023 nanti. Laporan berikut bharian, cukup untuk membuktikan bahawa negara pasti terkait sama dengan krisis ekonomi dunia.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?