Setia Seorang Isteri

 Aku percaya kita sering mendengar kisah atau laporan berkenaan konflik rumah tangga. Hampir kebanyakannya berkaitan dengan penderaan.

Namun paling menyedihkan pada aku, bila si suami terbabit dengan aktiviti tidak bermoral seperti penagihan dadah atau judi. Kebanyakan suami yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini, tiada pendapatan tetap.

Aku tertarik untuk menulis tentang konflik keluarga sebegini kerana ia terjadi dalam masyarakat sekeliling aku. Kelompok masyarakat sekeliling aku, hampir menjadi sesuatu yang normal melihat suami terlibat dengan kes dadah atau judi seterusnya menjadi kaki pukul terhadap isteri dan anak-anak.

Walaupun didera, hampir semua si isteri yang menjadi mangsa tetap setia terhadap suami mereka. Sanggup setia terhadap suami yang masyarakat mengetahui terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Mengapa?, adakah kerana sayang?. Aku masih tidak faham melihat konflik yang berlaku di depan mata. Adakah kesetiaan itu mampu mengubah suami sepenuhnya?. Malah ada suami dan anak-anak terbabit bersama dalam aktiviti tidak bermoral ini.

Seharusnya kesetiaan diletak pada keadaan yang selayaknya. Bukan pada situasi tidak sepatutnya. Islam sendiri mendidik untuk kita tahu membezakan  kesetiaan atau sebaliknya.

Mungkin tidak ramai pernah mengalami atau melihat atau mendengar apa yang aku cuba sampaikan. Aku kini berumur 40 tahun, sepanjang hidup, aku sentiasa disajikan dengan isu kekeluargaan sebegini. Suami atau anak terlibat dengan dadah.

Manakala judi, di sini ada dua jenis iaitu judi dalam talian atau judi nombor ekor yang dibeli melalui ejen yang dilantik. Bahkan seperti yang aku kongsikan sebelum ini. Ada pihak yang masih menjalankan aktiviti transaksi judi walaupun sering di ambil tindakan oleh pihak berkuasa seperti PDRM.

Aku tidak ingin di masa akan datang, masih wujud keadaan isteri masih setia pada suami walaupun masyarakat rosak dengan aktiviti yang dilakukan oleh si suami.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?