Konflik Harta & Keluarga

 Harta atau keluarga merupakan 2 perkara yang berbeza tapi mempunyai kaitan di antaranya. Sering berlaku konflik yang melibatkan ahli keluarga disebabkan oleh harta. Sesuatu yang memalukan apabila ia berlaku dalam masyarakat kita ketika ini.

Aku tertarik satu artikel kosmo, berkaitan dengan konflik harta pusaka yang melibatkan adik-beradik sehinggakan berlaku pembunuhan. Aku percaya kejadian perebutan harta di antara keluarga sering berlaku.

Kebiasaan, konflik berlaku apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka yang dibuat. Walaupun pembahagian dilakukan mengikut saluran dan peraturan yang sepatutnya.

Ada yang sanggup hilang saudara demi memastikan diri mendapatkan harta. Ia sangat mendukacitakan, aku masih ingat perkongsian kisah pegawai di pejabat tanah yang menguruskan urusan tanah pusaka.

Kebiasaan, sebelum memulakan perbicaraan di pejabat tanah, waris yang berkaitan terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama berhubung pembahagian harta terbabit.

Namun, boleh dikatakan perbincangan yang diadakan diakhirnya berlaku pergaduhan. Masing-masing mendakwa mempunyai hak di atas harta yang bakal dibicarakan.

Disebabkan itu, ketika pembicaraan harta pusaka milik arwah nenek, pegawai pejabat tanah bertanya adakah semua waris bersetuju dengan keputusan yang bakal di umumkan nanti?. Aku bersama pak cik dan mak cik bersetuju.

Konflik harta dan keluarga merupakan konflik yang tidak harus berlaku dalam masyarakat masa kini, masing-masing harus bersikap tenang dalam setiap perkara berkaitan pembahagian harta pusaka.

Arwah atuk sebelum meninggal dunia, memberikan aku dan abang sekeping tanah yang sepatutnya menjadi hak arwah abah. Jika aku seorang tamak, aku pasti inginkan hak aku selaku waris ke atas tanah yang diberikan. Namun, disebabkan peraturan yang ditetapkan, hanya nama seorang sahaja boleh diletakkan sebagai penama di atas geran tanah terbabit. Aku serahkan hak aku kepada abang.

Hakikatnya konflik harta dan keluarga bukan hanya merujuk kepada tanah semata-mata, mungkin ia berkaitan dengan perniagaan yang ditinggalkan dan harus diteruskan oleh waris yang ada.

Dikalangan waris yang ada, bukan semua mampu menguruskan perniagaan keluarga, bukan semua mampu berkorban untuk memastikan perniagaan terus ada.

Oleh itu, jika dikalangan waris yang redha dan ikhlas menyerahkan hak pada waris sepatutnya maka konflik harta dan keluarga pasti tidak berlaku. Harta warisan berkah, hubungan keluarga terpelihara.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?