Kos Meninggal Dunia Naik

 Ketika ini, kita mengeluh tentang berlaku kenaikan harga pada hampir semua barangan. Bukan hanya barang keperluan asas semata-mata. Nilai wang juga terasa seperti semakin menurun. Namun ada satu perkara turut mengalami kenaikan iaitu kos bagi pengebumian jenazah.

Mengapa aku ingin menyentuh perkara berkaitan kenaikan kos pengebumian jenazah terutama bagi orang Islam. Ia disebabkan aku takut, kelak ada waris yang tidak mampu untuk menyempurnakan pengebumian saudara-mara yang meninggal dunia.

Aku cuba memetik beberapa buah artikel yang berkaitan dengan kenaikan kos pengebumian. Di antaranya KOSMO, SOSCILI. Berdasarkan artikel tersebut, apa yang aku faham. Kos bagi urusan pengebumian kini mencecah ribuan ringgit.

Walaupun menurut Islam, menguruskan saudara seagama yang meninggal dunia itu merupakan Fardu Kifayah tapi masih memerlukan wang bagi kelancaran segala urusan bermula dari mandikan jenazah sehingga selesai di kebumikan di tanah perkuburan.

Salah seorang bapa saudara aku, meninggal dunia di Hospital. Proses kapankan jenazahnya, diuruskan oleh pihak Hospital sepenuhnya dengan kos pengurusan harus tanggung oleh waris jenazah.

Bila dinyatakan jumlah yang harus dibayar bagi proses kafankan pak cik, aku terkejut. Ia mencecah nilainya sangat tinggi pada aku. 

Bila membaca artikel berikut freemalaysiatodays. Ia membuatkan aku sedih. Keluarga aku sendiri, mujur ada yang mampu dan sanggup mendahulukan wangnya terlebih dahulu bagi pengurusan jenazah.

Menjadi lumrah, apabila berlaku kematian, jiran tetangga atau kenalan akan ziarah ahli keluarga arwah meninggal dunia. Ketika berziarah, boleh dikatakan semua yang hadir  akan memberi sumbangan kecil berbentuk wang ringgit kepada ahli keluarga. Dengan wang hasil sumbang tersebut, digunakan untuk membayar segala kos yang harus dijelaskan.

Mandikan Jenazah dikenakan cas, kafankan turut dikenakan cas. Termasuk menggali kubur turut dikenakan cas. Sejujurnya aku melihat seperti urusan perniagaan walhal hukum menyempurnakan hak si mati itu adalah fardu kifayah.

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menolak, keperluan semasa. Hakikat setiap dari kita terutama Umat Islam, harus menyimpan wang khusus bagi tujuan urusan kematian. Agar waris kita nanti dapat menguruskan perjalanan terakhir kita di atas dunia tanpa sebarang masalah.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?