Malam di Universiti

 Walaupun hampir 20 tahun aku meninggalkan Universiti, masih ada kenangan yang aku ingat sampai sekarang. Terutama suasana Universiti pada waktu malam.

Suasana malam di luar kampus amat berbeza dengan suasana dalam kampus. Kebiasaan bila malam, aktiviti warga Universiti hanya dapat dilihat di kawasan kolej Kediaman. 

Pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman boleh dibahagikan kepada 2 jenis, pertama ialah jenis suka terlibat aktiviti yang melibatkan kolej kediaman manakala satu jenis lagi yang suka buat hal sendiri.

Aku merupakan penghuni yang jenis sertai program anjuran Kolej Kediaman. Setiap malam, ada sahaja mesyuarat anjuran ahli jawatankuasa pelajar kolej kediaman dengan para penghuni. Kadangkala sehingga larut malam.

Disebabkan penglibatan yang terlalu kerap sehinggakan aku hilang tumpuan dalam penulisan tesis. Waktu malam, jika orang luar datang, pasti dapat melihat para pelajar duduk berpasangan. 

Bagi bangsa cina atau india, ramai dikalangan mereka berpasangan ketika ulangkaji pelajaran, dikawasan terbuka. Berbanding penghuni Melayu yang lebih banyak bermadu kasih dalam gelap atau gerai. 

Kebiasaan, pelajar melayu waktu aku di Universiti, belajar di dalam bilik. Bila jam menunjukan pukul 10.00 malam ke atas, baru mereka keluar untuk dating. Ramai pasangan pelajar memilih cafe kolej kediaman ke-3 sebagai lokasi dating.

Selain cafe kolej kediaman ke-3, bawah pokok besar depan kolej kediaman ke-3 turut menjadi port untuk dating. Manakala cafe kolej kediaman ke-4 lebih menjadi tumpuan para pelajar pantai timur melepak.

Kolej kediaman ke-12 turut menjadi lokasi untuk menjamu selera atau dating terutama di kawasan kolam kolej kediaman ke-12. Tapi ada juga pelajar yang berdating di fakulti sains atau fakulti sastera dan sains sosial.

Suasana malam di luar kampus lebih meriah terutama bagi pelajar yang tinggal di kawasan pantai dalam. Banyak kedai makan yang beroperasi,banyak pilihan jenis makanan yang ditawarkan.

Bila tiba musim peperiksaan, aku dan beberapa penghuni yang lain lebih suka duduk di surau kolej kediaman, niat adalah untuk ulangkaji, namun aku sentiasa tewas dan tertidur. 

Belakang rumah pengetua, ada gazebo pendeta za'ba, boleh dikatakan kerap program yang melibatkan semua penghuni diadakan di situ pada waktu malam.

Sesungguhnya walaupun telah lama meninggalkan universiti atau kolej kediaman, namun hati ini seringkali rindu untuk berada di kolej kediaman yang mengajar aku banyak perkara.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?