Cabaran Tahun 2022

 Tahun 2022 baru sahaja memasuki hari ke-2, namun keadaan semasa seolah-olah memberi gambaran bahawa kita bakal menempuhi cabaran yang besar bagi tahun 2022. Isu pandemik yang masih menjadi di antara isu utama di peringkat dalam negara tetapi juga antarabangsa. Isu bencana alam serta isu-isu semasa seperti politik yang masih belum stabil sepenuhnya.

Bagi aku, secara peribadi untuk tahun 2022, aku masih bergelut dengan isu masalah kesihatan dan  tiada sumber pendapatan yang lebih stabil kerana sehingga sekarang aku tanpa rasa malu, mengaku bahawa masih mengharapkan bantuan ibu dalam memenuhi keperluan harian. Aku masih buntu untuk memulakan kisah yang bagaimana bagi tahun 2022.

Wang yang dimiliki terasa seperti air yang mengalir ketika berbelanja, nilainya semakin mengecil dan itu mungkin merupakan salah satu cabaran yang harus di tempuhi oleh kita semua bagi tahun 2022. Ketika ini, negara masih berada dalam musim tengkujuh, di beberapa negara kawasan pantai barat menerima taburan air hujan yang tinggi dari biasa sehingga ada kawasan yang mustahil dinaiki air kini di tenggelam sepenuhya.

Paling mendukacitakan ialah bermula 8 Januari 2022, pihak kerajaan bakal menangguhkan kebenaran bagi umat Islam yang ingin melakukan ibadah umrah ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian dan semestinya ia sesuatu yang mengecewakan terutama buat kita umat Islam. Jiran AKA saudara aku sendiri yang telah membuat perancangan untuk melakukan ibadah umrah turut terkesan dengan penangguhan tersebut.

Adakah kita bakal menyaksikan episod baru drama politik negara?, ketika rakyat bawahan masih berusaha untuk bertahan dengan cabaran telah tersedia?. PRU ke-15, tempoh matangnya adalah pada 2023. Itu bermakna, segalanya tidak mustahil terjadi kepada kita semua. Adakah ahli politik masih pentingkan kuasa berbanding rakyat seperti yang terjadi pada tahun 2021?.

Aku kini berusia 39 tahun, belum berkahwin dan belum mempunyai pendapatan yang kukuh serta stabil. Itu merupakan cabaran yang tersedia untuk aku bagi tahun 2022. Bagaimana orang lain?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?