Terkena Sihir

 Manusia merupakan makhluk yang mempunyai akal yang sempurna namun seringkali melakukan sesuatu perkara luar batasan tanpa memikirkan kesan di atas tindakan yang dilakukan. 

Keadaan lebih teruk lagi, ada manusia sanggup mensyirikan Allah SWT dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang dalam agama Islam dan dilakukan oleh mereka.

Apa yang cuba aku sampaikan ialah tentang perbuatan terkutuk yang sentiasa dilakukan oleh orang Melayu sendiri dari dahulu sehingga sekarang. Perbuatan mengkhianati orang yang dikenali

Terkena buatan orang merupakan perkara syirik yang sering berlaku kepada masyarakat ketika ini terutama dalam kelompok kaum Melayu itu sendiri. 

Kebiasaannya mangsa yang terkena buatan orang adalah orang yang terlibat dengan urusan perniagaan, kebiasaan ia terjadi apabila wujud persaingan dalam jenis perniagaan yang sama.

Seorang peniaga baru sahaja membuka restoran, pada awalnya restorannya mendapat sambutan yang baik, namun lama-kelamaan semakin suram, banyak lauk yang di masak terpaksa di buang ke dalam tong sampah pada akhirnya. 

Aku ada pengalaman pernah datang ke rumah seorang perawat yang sering menyelesaikan masalah perkara ghaib, salah seorang pelawat perawat tersebut merupakan pemilik gerai makan di Kota Bharu. 

Setelah melakukan proses mengenal pasti masalah yang dihadapi pemilik restoran tersebut, ternyata kedai beliau terkena buatan orang. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab meletak benda terlarang di sekeliling restoran terbabit menyebabkan restoran tersebut hilang pada pandangan pelanggan.

Kemudian, aku melihat seorang wanita muda, jatuh sakit kerana terkena buatan orang. Ia disebabkan wanita terbabit telah menolak cinta seseorang sehingga menyebabkan orang tersebut membuatkan wanita itu jatuh sakit secara tiba-tiba. 

Kes atau kejadian seperti ini, paling banyak berlaku dan pernah aku terjumpa. Malah, ada mangsa yang berada di situasi yang sangat teruk apabila terkena buatan orang.

Paling menyedihkan apabila situasi terkena buatan orang ini, seringkali terjadi dalam masyarakat Melayu dan semestinya beragama Islam. Ia terus berlaku dalam masyarakat sehingga sekarang, buktinya ada mangsa terkena buatan orang merupakan mereka yang agak rapat dengan keluarga aku sendiri. 

Ada mangsa yang akan berasa sakit seluruh tubuh apabila memasuki waktu tertentu.

Semestinya mereka yang terkena buatan orang akan berusaha untuk mencari ubat, cuma mengambil tempoh yang panjang bagi memastikan mangsa sembuh sepenuhnya. 

Apabila mereka yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini, bakal terus dalam kecelakaan akibat perbuatan mereka sendiri. Aku sentiasa percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?