Lokasi Makan di Kelantan

 Apabila anak perantau balik ke kampung, aktiviti utama yang pasti adalah food hunting

Maklumlah apa yang ada di kampung terutama di Kelantan, tidak sama dengan apa yang ada di bandar besar seperti Kuala Lumpur

Pilihan dan harga yang ditawarkan, ia membuatkan anak perantau rambang mata untuk memilih.

Bukan hanya aktiviti food hunting dilakukan sepanjang cuti di kampung, ada juga yang memenuhi kedai-kedai emas di Kelantan dalam tempoh sehari dua ini. 

Walaupun dikhabarkan harga emas meningkat di pasaran, emas di Kelantan masih menjadi pilihan anak perantau untuk membelinya. 

Mungkin dari segi harga dan pilihan menyebabkan anak perantau gemar membeli hiasan emas di Kelantan.

Pak cik aku merupakan seorang yang suka dengan makanan, hari ke-2 di Kelantan, mula food hunting ke tempat-tempat yang agak terkenal seperti roti canai kayu arang. Kemudian mencari ikan bekok di tok bali. 

Seterusnya membeli bahan mentah untuk mak cik aku buat ikan perchik dan menu-menu yang dihajati sepanjang balik bercuti ke Kelantan.

Beberapa tempat lain yang dihajati oleh pak cik seperti kedai kopitiam jalan airport atau kedai milo tonggeng

Di antara kedai yang wajib dikunjungi oleh anak perantau apabila balik bercuti ke kampung. Kalau di Ketereh, kedai makan yang menjadi tumpuan seperti kedai makan hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, nasi kertas di simpang 3 ke bukit merbau atau nasi kerabu sue di batu 11, kadok.

Satay pula ada di Kok Lanas, Kedai Ketereh dan Buluh Poh. Malah ada pelancong dari KL mengatakan Satay Kelantan lebih sedap dari KL.

Bagi mereka yang gemar bersarapan dengan kuih-muih, di Kelantan boleh dikatakan banyak gerai kuih-muih yang menawarkan banyak pilihan. 

Aku sendiri sering membeli kuih di pasar Ketereh, kebiasaan pelanggannya tidak begitu ramai namun apabila tiba musim cuti seperti sekarang. 

Boleh dikatakan permintaan kuih-muih meningkat dari biasa. Rezeki buat para penjual makanan termasuk kuih-muih.

Tidak dinafikan kebenaran rentas negeri oleh pihak kerajaan, membuatkan aktiviti ekonomi kembali rancak. 

Walaubagaimanapun itu bukan alasan untuk kita tidak mematuhi atau mengikuti SOP yang ditetapkan dalam menghindari jangkitan pandemik Covid19.

Walau apapun kata orang terhadap Kelantan, paling penting harga makanan yang ditawarkan masih murah berbanding di KL. Ia diakui oleh warga KL itu sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?