Cuti CNY

 Pagi ini, berlaku kesesakan jalan raya yang hanya dirasai ketika musim perayaan sahaja. Kesesakan bermula dari simpang 4 Kedai Ketereh sehingga SMK Ketereh, jarak sepanjang 1KM dan mungkin lebih lagi. Pertambahan jumlah kenderaan yang memasuki negeri Kelantan sememangnya telah dijangka memandangkan cuti umum CNY jatuh di pertengahan minggu, semestinya peluang untuk rakyat Malaysia bercuti panjang dan balik kampung.

Manakala di kedai makan, kebiasaan agak sepi kini hampir memenuhi meja yang disediakan oleh kedai terbabit. Di Ketereh ini, ada beberapa buah kedai yang menawarkan menu sarapan yang sangat disukai ramai, orang Kelantan suka bersarapan dengan nasi dan semestinya menu sarapan pagi ada nasi seperti nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk.

In sha Allah, petang ini pak cik aku sebelah ma akan balik, pak cik dan family menetap di Rantau Panjang, Port Klang manakala  abang aku pula akan balik dari Kuala Lumpur pada 1hb Februari nanti. Semoga Allah SWT melindungi perjalanan anak-anak perantau yang pulang bercuti, maklumlah kebiasaan apabila tiba waktu sebegini kemalangan sangat mudah terjadi. Semestinya tiada siapa inginkan kedukaan terutama kehilangan orang yang tersayang.

Walaupun CNY disambut oleh masyarakat Tionghwa tetapi peluang untuk pulang bercuti pasti diraikan oleh semua kaum terutama kaum melayu dan 'orang Kelantan'. Percaya atau tidak, 'orang Kelantan' yang merantau pasti akan berusaha untuk pulang bercuti sekiranya cuti perayaan tersebut panjang seperti sekarang. Malah ada yang sanggup potong gaji jika majikan tidak bagi cuti lama (pada pendapat aku semata-mata).

Walaupun orang tua-tua di kampung, ramai yang telah meninggal dunia, itu bukan bermakna kepulangan anak perantau tiada kemeriahannya. Kebiasaan bila pak cik aku balik, pasti diadakan jamuan makan bersama ahli keluarga terdekat. Cuma diharapkan bagi anak perantau, pematuhan SOP janganlah di lupa kerana menjadi kelaziman, apabila ada anak perantau balik, terjadi kes jangkitan covid19.

Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa tiada lagi PKP, namun segalanya tidak mustahil, setelah 2 tahun anak perantau tidak pulang beraya. Maka peluang sempena cuti CNY, digunakan sebaik mungkin kerana andai hari raya Aidilfitri terjadi sekali lagi PKP. Mungkin kurang rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?