Pilihan Raya Negeri Tahun 2022

 Di bulan Januari ini, sekali lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlaku dan merupakan PRN kali ke-3 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di adakan. Kali ini, ia melibatkan negeri Johor. Pada pendapat aku, semenjak tahun lepas lagi telah wujud desas-desus bahawa DUN Negeri Johor akan di bubarkan. Akhirnya ia benar-benar berlaku. Mungkin tidak mahu menunggu lebih lama lagi dalam waktu yang sama melihat peluang yang ada.

Walau apapun alasan yang dikemukakan di atas pembubaran tersebut, segalanya tidak penting lagi kerana Dewan Undangan Negeri secara rasmi telah dibubarkan dan itu bermakna semua parti yang bakal bertanding mula mengatur strategik seterusnya bagi memastikan parti  masing-masing memperolehi kemenangan  besar pada Pilihan Raya kali ini. Aku melihat ada Parti terlihat seperti sangat YAKIN akan kembali memenangi Pilihan Raya dengan Majoriti.

Aku percaya ramai yang terkilan dengan tindakan membubarkan DUN pada waktu ini. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza berhubung soal ini, aku percaya ketika ini, rakyat sedang menantikan apa reaksi pihak KKM selaku Kementerian yang bertanggungjawab menangani krisis pandemik COVID19 di Malaysia. Adakah mengekalkan SOP yang digunakan ketika PRN Melaka atau ada sedikit kelonggaran?. Aku berharap pihak KKM akan bersiap sedia menantikan segala kemungkinan sebelum, semasa dan selepas PRN diadakan. Jangan nanti PKP diadakan sekali lagi sebagaimana yang berlaku selepas PRN Sabah.

Jika kita lihat kesan PRN sebelum ini, merujuk PRN Sabah dan Melaka. Semestinya ada pihak dilihat  menjadikan PRN Melaka sebagai rujukan. Hal ini kerana jumlah kes covid19 ketika PRN Melaka jauh lebih rendah berbanding PRN Sabah. Adakah situasi PRN Johor nanti lebih baik berbanding PRN Melaka nanti?. Jika PRN Johor berjaya, tidak mustahil berlaku PRN negeri lain lagi. Tempoh wajib PRU ke-15 diadakan masih panjang, mungkin ada yang tidak sanggup menunggu lama.

Aku berharap rakyat Johor, jangan sia-siakan peluang untuk memilih pemimpin baru kawasan anda. Jangan biarkan mereka yang tidak layak diangkat menjadi pemimpin kawasan anda. Sayangi masa depan anak-anak anda kerana mungkin nampak senang untuk mengundi tetapi kesannya sangat besar. Jika betul pilihan yang dibuat, in sha Allah bahagia yang menanti, begitu sebaliknya. Aku juga berharap mungkin selepas ini, Kelantan pula bakal berlaku Pilihan Raya Negeri.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?