Kisah COVID19: Dijangkiti lagi?

 Salah seorang saudara aku yang terdekat ketika ini, sedang menjalani kuarintin kendiri kerana disyaki menjadi kontak kerana ada kes jangkitan COVID19 dikalangan rakan sekelasnya. Saudara aku cuba melakukan swap sendiri menggunakan set swap yang dijual di farmasi, keputusannya agak mengecewakan kerana ia positif.

Namun bagi aku dan keluarga, keputusan dari swap kendiri tersebut masih diragui, berdasarkan peristiwa yang terjadi pada aku sendiri  sebelum ini, aku telah melakukan 2-3 swap kendiri ketika itu setelah ma disahkan positif dan keputusannya negatif, kemudian aku masih tidak berpuas hati terus melakukan swap di Klinik Kesihatan Ketereh, barulah disahkan aku positif dijangkiti COVID19.

Jika pihak KKM mengesahkan bahawa saudara aku sah dijangkiti, maka ianya merupakan kali keduanya setelah dijangkiti pada waktu yang sama ma dan mak cik aku dijangkiti pada akhir tahun yang lalu. Semestinya ia sesuatu yang mendukacitakan kerana kita sedia maklum tentang kesan yang ditinggalkan oleh virus COVID19 terhadap organ dalaman manusia.  Salah seorang sepupu aku yang telah dijangkiti sebelum kami, sehingga sekarang masih mendapatkan rawatan lanjutan dari Hospital Kota Bharu.

Sememangnya institut pendidikan menjadi lokasi yang berisiko tinggi untuk berlakunya penularan jangkitan. Oleh itu, para pelajar dan pengajar diharapkan mematuhi SOP yang sekian lama di sarankan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan. Namun manusia kekal manusia, sifat yang sukar mematuhi arahan telah menjadi sifat semulajadi dan akhirnya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi melibatkan orang lain.

Kes dijangkiti sekali lagi kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia, persoalannya bagaimana ia boleh terjadi sekali lagi?. Adakah itu alasan yang bakal digunakan untuk rakyat Malaysia mendapatkan suntikan booster?. Result swap saudara aku berkemungkinan akan diketahui pada hari ini atau esok. Diharapkan keputusannya adalah NEGATIF. Mudah-mudahan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?