Bencana Alam

 Ketika ini, hujan sedang turun tanpa henti di Kelantan. Ia menyebabkan beberapa daerah dinaiki air atau banjir terutama di daerah Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah. Kebiasaannya, keadaan hujan yang panjang seperti sekarang hanya terjadi di bulan Oktober sehingga Disember atau Januari yang biasa dipanggil musim Tengkujuh.

Namun berdasarkan keadaan semasa, aku berpendapat umat manusia ketika ini sedang berada di situasi yang tidak menentu terutama apabila berkaitan dengan  alam semulajadi. Adakah keadaan ini, menandakan bahawa bumi semakin tua dan tenat?, ada sahaja peristiwa yang tidak terduga terjadi ketika ini, sebagaimana peristiwa banjir di beberapa buah negeri atau daerah pada akhir tahun yang lalu.

Sehari dua yang lalu, negara jiran mengalami gempa bumi, apa yang menarik perhatian adalah gegaran yang terjadi sangat dirasai oleh rakyat Malaysia di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Semestinya ia sangat mengejutkan, rakaman demi rakaman dikongsi di sosial media terutama keadaan di Putrajaya yang memiliki bangunan yang tinggi.

Tidak mustahil berlaku sesuatu yang ditakuti dan sebelum ini dirasakan mustahil terjadi seperti runtuhan bangunan. Semestinya kita mengetahui di antara kesan yang bakal manusia hadapi apabila berdepan dengan bencana alam seperti gempa bumi, pasti berlaku runtuhan dan ada nyawa yang terkorban.

Sebelum itu, kita turut dikejutkan dengan kehadiran kepala angin atau puting beliung di kawasan utara yang menyebabkan beberapa buah rumah mengalami kerosakan yang teruk. Malah agensi MET ketika ini, aku lihat semakin sibuk untuk mengemaskini sistem mereka terutama bagi memberi amaran awal sekiranya bakal berlaku bencana alam.

Pada aku, ia adalah isyarat yang nyata buat manusia, namun bukan semua yang mempunyai anggapan yang sama. Mungkin satu masa nanti berlaku letusan gunung berapi di Malaysia, tiada siapa yang mampu mengatakan mustahil kerana apa yang mustahil sebelum ini telah terjadi.

Ikut logik akal manusia, semestinya bagi setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya. Begitu juga alam semulajadi, satu saat pasti berakhirnya tugasnya. Jika manusia yang usia sudah tua, mula berasa sakit atau mengalami masalah kesihatan. Begitu juga dengan alam termasuk bumi. Mungkin alam semulajadi benar-benar penat dan sakit, usianya terlalu tua maka pasti ia harus menamatkan tugasnya yang mana penghuninya sama juga ditamatkan tugasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?