PEMALAS atau PELUPA

Sejujurnya bukan niat aku ingin memburukan sesiapa sahaja, jauh sama sekali untuk bersikap dengki irihati dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Cuma aku cuba berfikir secara waras, "mengapa wujud segelintir warga setempat yang sanggup melakukan aktiviti tertentu sehingga lewat malam, sekitar jam 1 hingga 2 pagi". Bagi aku, hanya manusia bukan normal yang masih aktif pada waktu sedemikian.

Hakikat yang mereka lupa bahawa aktiviti yang dilakukan itu, secara tidak sengaja menganggu ketenteraman orang lain. Waktu 1 hingga 2 pagi, merupakan waktu untuk manusia normal sedang dibuai mimpi bukan mendengar suara-suara manusia yang masih belum tidur sehingga menganggu orang lain. Mungkin disebabkan komuniti disini terdiri dari 1 kaum sahaja, maka tiada siapa yang menegur, jika di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, aku pasti kelibat kereta peronda polis akan kelihatan.

Satu demi satu aktiviti yang dilakukan melanggar batasan waktu, oleh kerana tiada siapa berani menegur, maka ia berterusan sehingga mereka dengan sendiri merasa bosan. Peliknya sifat manusia, bila disuruh beribadah pasti banyak alasannya, tetapi bila melibatkan aktiviti yang digemari, sanggup berjaga malam. Ada satu ketika, surau belum azan menandakan waktu masuk isyak, komuniti mereka telah sampai dan memulakan aktiviti terlebih dahulu. Azan berkumandang, tangan terus ligat bermain.

Apabila dikatakan pemalas, tidak mengaku, apabila dikatakan pelupa, tidak mengaku. Hakikat sebenarnya yang aku sendiri akui bahawa sememangnya mereka semua PEMALAS atau PELUPA.  Ada yang Petah berbicara tetapi belum tentu cekap melakukan kerja, tempoh berehat lebih panjang dari tempoh bekerja. Itu yang aku nampak apa yang ada di depan mata, bukan bermakna aku lebih sempurna kerana aku dan mereka yang PELUPA atau PEMALAS ini berasal dari akar yang sama.

PEMALAS atau PELUPA. Adakah persoalan dan jawapan adalah sama?. Aku berkongsi rasa kerana ia bagaikan tidak masuk akal, mereka berjaga sehingga lewat malam, menganggu tidur orang lain. Di manakah rasa bersalah mereka?. Bagaimanakah keadaan mereka jika diganggu ketika tidur?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?