Pasar Malam : Nasi Dagang

 Setiap petang hari Khamis, aku tidak pernah lupa untuk beli makanan di pasar malam dekat pekan. Walaupun makanan yang dibeli hanya untuk aku dan ma, jumlah wang yang dihabiskan untuk membeli makanan agak banyak. Itu menandakan aku jenis yang boros.

Petang itu, ma ingin makan bihun goreng talam dan ayam goreng, untuk pencuci mulut, ma ingin apam balik.  Manakala mak saudara aku, minta tolong aku belikan nasi dagang gulai ayam sebungkus untuk berbuka puasa. Gerai menjual bihun goreng talam nampak masih belum ada pembeli, maka cepatlah proses membelinya.

Masalah mula timbul apabila aku ingin belikan nasi dagang gulai ayam untuk mak saudara aku. Pelanggan di gerai tersebut agak ramai pada waktu itu, aku cuba sabar menanti giliran tetapi ada yang sanggup dengan muka tidak bersalah cuba mendapatkan giliran terlebih dahulu. Kalau seorang sahaja yang bersikap memotong giliran, aku masih boleh bersabar tetapi boleh dikatakan hampir semua pelanggan yang ada ketika itu, cuba memotong giliran.

Manakala si penjual pun sama perangainya, lebih dahulukan mereka yang order banyak berbanding aku yang hanya ingin membeli sebungkus nasi. Waktu itu, baran aku dah naik, ingin sahaja aku terbalikkan gulai dan segala jenis lauk di atas meja gerai tetapi aku cuba bersabar. 

Paling aku meluat ialah sikap mereka yang suka berhimpit, kalau aku ini ada C19, rasa ingin aku sapu semua pelanggan yang tidak mematuhi SOP di pasar malam tersebut. Biar bilangan kes terus meningkat dan akhirnya pasar malam ditutup sekali lagi. Baru puas hati aku. Walaupun aku hanya beli 3 jenis makanan tetapi di tangan aku, penuh dengan plastik makanan. Pengunjung dilihat semakin ramai, tidak mustahil dikalangannya ada pembawa virus C19.

Begitulah kisah pasar malam, sikap pembeli dan peniaga yang seringkali membuatkan orang seperti aku merasa sakit hati. Boleh dikatakan sikap berebut wujud pada semua orang, ingin dilayan terlebih dahulu walaupun baru datang. Semua makanan yang diinginkan telah dibeli, sekarang BALIK. In sha Allah panjang umur, minggu depan pula.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?