Cikgu Muda

 Isnin yang lalu, aku bawa ma untuk temujanji dengan doktor di Klinik Kesihatan Ketereh. Suasana agak sibuk dengan jumlah pesakit luar yang hadir semakin bertambah, termasuklah beberapa anak muda yang menjalani saringan kesihatan.

Aku menegur salah seorang anak muda tersebut, bertanya adakah dia sedang menjalani saringan yang biasa diwajibkan bagi penjawat awam?. Sangkaan aku benar, rupanya ketika ini ramai yang berjaya dalam temuduga untuk menjadi cikgu muda. Sebelum melaporkan diri, mereka terlebih dahulu harus menjalani saringan kesihatan.

Salah seorang cikgu muda terbabit berkongsi bahawa beliau telah tamat belajar pada tahun 2018, baru kini mendapat tawaran untuk jawatan guru. Keistimewaan jawatan guru di Malaysia ialah lokasi yang bakal ditempatkan. Ramai kawan-kawan aku ketika era KPLI atau DPLI yang ditempatkan di kawasan Sarawak dan Sabah. Cabarannya memang banyak, mampu bertahan dalam tempoh yang panjang sebelum bertukar ke semenanjung.

Aku mengusik bakal cikgu muda ini, adakah sanggup ditempatkan di kawasan penempatan yang jauh dipedalaman seperti di Sarawak?, senyuman tawar diberikan, cukup untuk aku mengerti perasaan mereka ketika ini. Aku pasti dikalangan cikgu muda ini, jika berjaya ditempatkan di Kelantan, ia sangat ajaib kerana hakikat agak sukar untuk ditempatkan di Kelantan bagi seorang cikgu muda.

Menjadi cikgu di era pandemik ketika ini, mempunyai cabarannya tersendiri, setakat ini. Sistem PdnP lebih kepada sistem online, mungkin tiada masalah bagi seorang cikgu muda. Cuma hanya diri dari segi kekuatan mental. Orang yang paling bahagia selain cikgu muda itu sendiri, semestinya ibubapa mereka. Maklumlah setelah bertahun-tahun menanti, akhirnya penantian itu berakhir. 

Selamat Bertugas CIKGU MUDA

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?