No Booster No Solat

 Kisah pandemik C19 masih belum berakhir walaupun memasuki tahun 3 penularannya.Walaupun vaksin telah dihasilkan dan suntikan telah diberikan kepada rakyat, ia kekal menjadi di antara isu utama dunia termasuk Malaysia. 

Vaksin yang dikatakan mampu membantu mengurangkan kesan jangkitan, masih mempunyai kelemahannya sehinggakan manusia bukan hanya perlu disuntik sebanyak 2 dos tetapi harus menerima suntikan dos ke-3 dan mungkin ke-4 atau lebih lagi. Cuma ada sesuatu yang tidak sedap dilihat atau didengari tentang vaksin di platform sosial media, ramai yang bercerita berkenaan kesan negatif yang mereka alami setelah menerima suntikan dos ke-3 atau lebih dikenali sebagai booster.

Mungkin disebabkan itu, ia menyebabkan ramai rasa takut untuk menerima suntikan kali ke-3, bimbang jika menerima kesan yang sama seperti yang dikongsikan di sosial media. Beberapa orang kenalan aku sendiri berkongsi kisah mereka apabila menerima suntikan booster, ada yang demam panas sehingga seminggu, pelbagai lagi komplikasi yang mereka hadapi setelah menerima suntikan booster.

Mungkin disebabkan itu, masih ramai yang tidak mengambil suntikan booster, maka wujud situasi yang sedikit mengecewakan terutama bagi umat Islam. Sesiapa yang tidak lengkap suntikan vaksin termasuk tidak menerima suntikan booster, tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

Hukum solat Jumaat itu wajib bagi kaum lelaki yang beragama Islam. Apabila peraturan sebegini diperkenalkan, siapakah yang akan menanggung dosa?. Mereka yang melaksanakan peraturan atau yang mengikut peraturan? atau yang tidak patuh pada peraturan?. Aku cuba melihat reaksi ahli agama atau ulamak berhubung peraturan sebegitu.

Apabila pihak berkenaan menyatakan wujud kes, penerima suntikan booster mengalami kesan luar jangka, maka tidak salah jika ada yang merasa was-was untuk menerima suntikan booster termasuk aku sendiri. Pihak berkenaan jangan salahkan rakyat kerana hakikat menerima booster bukan jaminan tidak terima jangkitan atau tidak mudarat jika dijangkiti.

No booster, no solat. Peraturan yang harus diterima dengan seikhlas hati kerana hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya. Mati itu pasti, hanya asbab kematian itu mungkin berbeza. Andai sesuatu perkara berkemungkinan memudaratkan, seharusnya dielakan. Solat itu WAJIB walaubagaimana keadaan sekalipun termasuk sakit.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?