Penutup Februari

 Ketika entries ini ditulis, di luar rumah, hujan masih turun walaupun tidak selebat malam kelmarin. Namun cukup membuatkan aku, ma atau mungkin seluruh rakyat Kelantan bimbang kerana beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu telah dilanda bencana banjir.

Perkongsian demi perkongsian melalui sosial media berkenaan keadaan terkini daerah yang terkena banjir, membuatkan hati aku berasa sedih dan sayu. Sesungguhnya ujian Allah SWT hadir tanpa kita duga bentuknya yang bagaimana. Cuma harus yakin bahawa setiap ujian yang kita tempuhi itu masih dalam kemampuan kita. Itu janji Allah SWT.

Aku berfikir sendirian, seandainya aku memilih untuk bekerja di Putrajaya sebagaimana tawaran yang aku terima. Bagaimana keadaan ma nanti?, disebabkan itu. Aku merasakan keputusan yang aku ambil iaitu menolak tawaran kerja di Putrajaya adalah keputusan yang terbaik. In sha Allah ada rezeki lain yang mungkin menanti aku kelak.

Hari ini merupakan hari terakhir bulan Februari bagi tahun 2022. Boleh dikatakan banyak juga perkara yang berlaku pada bulan ini. Ada suka dan semestinya ada duka. Bagaimana agaknya bulan Mac nanti?, ada khabar duka yang menanti atau gembira yang sememangnya sentiasa diimpi.

Pada awalnya, aku ingatkan hari ini merupakan hari terakhir bagi penerima vaksin sinovac mendapatkan suntikan booster, jika gagal. Status di aplikasi mysejahtera akan berubah. Rupanya pihak KKM melanjutkan tarikh sehingga akhir Mac pula. Agaknya adakah aku bakal menerima suntikan booster atau sebaliknya?.

Apa yang pasti Mac bakal menyaksikan kerajaan negeri Johor yang baru bakal dibentuk. Siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi ADUN bakal terjawab tidak lama lagi. Apa lagi yang bakal menanti di bulan Mac nanti?. Februari 2022 bakal menjadi sejarah, cuma nilai sejarah pada kita adalah berbeza.

Aku berharap dan berdoa, semoga di hari terakhir Februari ini, segalanya kembali pulih seperti biasa, terutama kawasan atau daerah yang dilanda dengan banjir. Hakikat kita harus sentiasa bersedia untuk mengharungi apa sahaja yang bakal terjadi, sama ada di dalam atau luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?