Pinjam duit ALONG

 Aku percaya semua orang mengetahui tentang risiko yang bakal dihadapi oleh mereka yang meminjam duit dari ALONG. Nilai wang yang dipinjam adalah kecil tetapi bayaran yang harus dijelaskan lebih besar dan kadangkala seperti tidak masuk akal. Walaupun mengetahui risiko yang bakal di tanggung tapi masih ramai yang sanggup meminjam dari ALONG.

Hakikat ketika ini, kita semua sedar bahawa kos hidup semakin meningkat dan membebankan. Walaupun ada pemimpin tetapi pada aku, pemimpin hanya mampu beri janji demi janji. Benar!, wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang terutama apabila kita mengalami masalah kesihatan.

Kebiasaan, aku hanya menyaksikan kisah peminjam di kejar ALONG di drama melayu atau laporan berita sahaja. Tapi kini, di depan mata aku sendiri, melihat bagaimana peminjam yang gagal membayar pinjaman dicari oleh ALONG. Aku percaya ada sebabnya tersendiri sehingga terpaksa meminjam duit dari ALONG. Pada aku, meminjam duit dari ALONG adalah jalan terakhir yang ada pada rakyat ketika ini.

Hakikat yang kita harus sedar bahawa kita mempunyai ikatan dalam bentuk hutang dan gagal untuk membayar balik, kehidupan yang tenang sebelumnya ada berubah sekelip mata. Selagi hutang tidak dibayar, selagi itu kita akan dicari. Semakin bertangguh menjelaskan hutang, semakin besar nilainya semakin sukar untuk menjelaskannya.

Akhirnya terpaksa pindah ke tempat lain, tinggalkan saudara, jiran dan kawan yang kebiasaan tegur sapa. Aku tidak mahu mengatakan salah siapa kerana tiada siapa dipaksa. Apabila meminjam maka WAJIB kita membayarnya. Jangan jadi seperti sesetengah pihak, meminjam dengan niat tidak ingin membayarnya akhirnya sanggup jadi muflis kerana wang.

Aku cuba berada di posisi anak kepada ibu atau bapa yang meminjam wang dari ALONG. Sebagai seorang anak, pasti memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibubapa kita tetapi tidak mampu apabila melibatkan wang. Isu pinjam duit ALONG akan terus wujud dan mungkin bertambah kritikal memandang situasi kehidupan seharian kita. Segalanya meningkat harganya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?