Halal atau Haram?

 Di dunia ini, wujud pelbagai jenis pekerjaan, malah semakin maju manusia, semakin banyak jenis pekerjaan yang baru muncul. Pada pendapat aku, perkara utama dalam soal pekerjaan adalah Halal atau Haram sesuatu pekerjaan itu. Islam merupakan agama yang menitik berat soal halal atau haram sesuatu pekerjaan itu, walaubagaimanapun wujud umat Islam yang tidak pernah melihat pekerjaan yang dilakukan itu, halal atau haram dari sudut Islam.

Pagi ini, aku terpandang susuk tubuh yang berada di sebuah PREMIS berdekatan. Berdasarkan pemakaian susuk tubuh tersebut, sangat nyata bahawa DIA merupakan seorang Muslim. Jam menunjukan waktu sekitar 7.30 pagi, adakah DIA pelanggan premis terbabit atau pekerja premis terbabit?.

Aku bukan seorang yang suka busybody, terutama apabila melibatkan urusan pihak berkuasa. Apapun aktiviti yang dijalankan di premis terbabit, terpulang. Cuma dari segi saudara seagama, aku mungkin sedikit kesal atau sedih jika benar DIA yang aku lihat merupakan pekerja di premis terbabit.

Mengapa aku perlu semakkan kepala aku dengan perkara yang tidak berkaitan?. Lantaklah apapun pekerjaan yang mereka lakukan, lantaklah kerja mereka halal ke atau haram. Zaman ini, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi wang bahkan ada yang menggunakan agama demi kuasa dan wang.

Haram atau halal, aku hanya mampu melihat sahaja, siapa aku untuk menegur jika benar-benar haram?. Perangai orang ini, ada macam-macam. Walaupun untuk menegak kebenaran, ia merupakan perkara yang sukar ketika ini. Siapa ada wang, maka dia adalah tuan. Semakin jauh otak aku menganalisa situasi padahal ia hanya berkaitan dengan orang Islam bekerja di premis yang diragui perniagaannya.

Aku faham semakin ramai yang tidak mementingkan asas bagi satu-satu pekerjaan itu, adakah ia memberi pendapatan yang halal atau sebaliknya. Ada ibubapa bangga dengan rumah yang dibina oleh anak walaupun tahu sumber kewangan anak datang dari pekerjaan yang haram. 

Berniaga itu Sunnah tetapi bahan apa yang diniagakan?, ia menentukan halal atau haram pekerjaan berniaga itu. Kenapa Islam menitik berat soal halal atau haram?. Bukankah paling penting adalah wang untuk kesenangan dan keselesaan?. Hakikat kita selaku penghuni dunia ini, satu masa pasti mati. Kematian itu pasti cuma bekalan apa yang kita bawa bersama?. Islam menekankan konsep amal ibadah dan amal ibadah itu berasaskan sumber halal atau haram.

Aku bukan orang selayaknya berbicara soal halal atau haram sesebuah pekerjaan itu. Kita masih ada alim ulamak yang dijadikan rujukan, cuma semakin ramai umat Islam atau manusia yang melupakan tentang itu. Mereka hanya nampak wang semata-mata tanpa mengetahui mereka mungkin mati hari ini atau esok.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?