Maut ditikam

Di antara laporan berita yang menarik perhatian aku pada hari ini ialah berkenaan KANAK-KANAK PEREMPUAN 3 TAHUN MAUT DI TIKAM DI DADA OLEH BAPA SAUDARABagi aku laporan sedemikian sangat menyanyat hati, tergamak seorang bapa saudara menikam anak saudaranya yang masih kecil, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil pil kuda.

Mungkin laporan berita sebegini tidak begitu menarik perhatian berbanding laporan berhubung penularan wabak Korononvirus ketika ini, akan tetapi sedar atau tidak wabak virus penagihan dadah terlalu lama membunuh masyarakat Malaysia secara perlahan-lahan.

Kes pembunuhan melibatkan suspek yang berada dalam pengaruh dadah sering saja terjadi, walaupun suspek berjaya diberkas tetapi virus yang mempengaruhi suspek bertindak terus merebak. Bahkan jika kita melihat sejarah berhubung rampasan demi rampasan dadah yang bernilai ratusan ribu ringgit sehingga jutaan ringgit di Malaysia, ia seperti tidak pernah terhenti, bahkan ada sahaja usaha pihak tertentu untuk membawa masuk dadah seperti  pil kuda dalam pasaran gelap di Malaysia.

Aku melihat apabila sentiasa berlaku permintaan, maka pihak yang tidak bertanggungjawab akan cuba memenuhi permintaan tersebut. Paling mendukacitakan ialah golongan kanak-kanak atau remaja merupakan golongan yang semakin ramai terjebak. Hari ini, kita membaca bapa saudara membunuh anak saudara, sebelum ini kita pernah disajikan laporan cucu membunuh neneknya dan pelbagai lagi kisah yang mendukacitakan.

Aku percaya segala kejadian jenayah yang berlaku kerana inginkan wang bagi mendapatkan bekalan dadah, apabila gagal memperolehi wang yang dihajati maka tindakan luar batasan diambil termasuk membunuh. Aku tinggal di kawasan yang kadar penagihan dikalangan masyarakat sentiasa tinggi, keadaan ini sangat menakutkan aku & keluarga kerana penagih dikawasan kediaman aku, sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang bagi membeli keperluan dadah.

Walaupun ada rakan mati kerana OVERDOSE, itu tidak menyebabkan penagih ini berhenti dari menagih. Hal ini disebabkan pengaruh rakan yang sangat kuat.

Hari ini, anak saudara mati ditikam, esok bagaimana pula?, siapa pula bakal menjadi mangsa yang seterusnya?. Dari aku bersekolah rendah sehingga berumur hampir mencapai 40 tahun. Virus dadah untuk kawasan kediaman aku sahaja terus merebak dan merebak tanpa kesudahan, bahkan bukan sahaja anak yang terlibat, ada kes melibatkan ibubapa juga.

Betapa seriusnya masalah virus dadah dikalangan masyarakat kita ini, boleh dilihat bagaimana Ketua Sindiket mampu membawa keluarganya melakukan Umrah. Penularan virus dadah ini sangat hebat, walaupun seseorang yang baru sahaja berhenti dari aktiviti penagihan mampu kembali setelah kawan-kawan yang sama terbabit dengan penagihan dadah setiap hari datang memujuk.

Pihak kerajaan harus fokus dalam memastikan bilangan penagih baru yang dikesan berkurangan menjadi '0', begitu bilangan penagih yang menagih kembali. Harus ingat bahawa setiap dari kita mempunyai fasa yang tersendiri, jika hari ini kita buat tidak endah terhadap isu yang sangat lama ini, mungkin esok atau lusa, kita sendiri terkena kesannya.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?