Kisah Budaya Bodek

Aku yakin ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan BODEK, satu perkataan yang menunjukan perbuatan seseorang seperti mengampu, memuji atau menyanjung seseorang dengan niat mendapat hasil yang baik dari perbuatan yang dilakukan

Aku amat pasti bahawa semua orang pasti pernah melakukan perbuatan tersebut sejak dari kanak-kanak lagi. Ketika itu, ibubapalah antara insan yang dibodek oleh anak-anak untuk mendapatkan sesuatu.

Pernahkah aku membodek?, adakah aku seorang kaki bodek?. Walaupun umur aku kini memasuki 37 tahun, sepanjang ingatan aku, amat jarang aku melakukan perbuatan bodek terutama ketika waktu bekerja di mana-mana organisasi.

Aku pernah membodek ketika waktu kanak-kanak, membodek abah atau ma untuk mendapatkan sesuatu tetapi kebiasaan gagal kerana kehidupan kami dari dahulu sehingga sekarang masih sama iaitu berada dalam kelompok B40.

Di peringkat sekolah pula seingat aku tiada kepentingan untuk membodek pada waktu ini, kalau pelajar perempuan aku tidak tahulah sebab sehingga sekarang banyak kes Cikgu kahwin dengan pelajar sendiri. Mungkin terlebih bodek kot sampai berjodoh.

Cuma aku mungkin pernah dituduh membodek cikgu kerana berjaya dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi Pengawas Perpustakaan, sedangkan masih ramai lagi calon yang layak ketika itu.

Padahal mereka tidak tahu aku pun tak nak jawatan itu kerana bakal mengganggu tumpuan aku untuk menghadapi peperiksaan STPM.

Masuk Universiti, aku hanya bersikap 'ringan tulang' dalam membantu pensyarah atau tutor di Jabatan, namun dipandang seperti bodek oleh orang lain. Mungkin benar kata mereka walaupun asasnya aku tiada niat membodek langsung. 

Cuma kebanyakan pensyarah sangat berlembut hati dalam pengajaran terutama dalam kelas yang aku duduki.

BODEK dalam pemahaman aku paling diperlukan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Jika kita ingin naik pangkat lebih cepat dari sepatutnya maka harus pandai membodek. 

Jika tidak, kita tidak akan mengecapi kejayaan atau meraih pencapaian yang sepatutnya dalam kerjaya yang dilakukan.

Namun, kerana BODEK menyebabkan aku disingkirkan kerana dituduh tidak produktif dalam melakukan tugasan yang diberikan, sedangkan si kaki BODEK hanya tahu duduk tempat dia, makan, kemudian awasi aku bekerja (PENYELIA), bila aku gagal achieve target sales, maka aku diburukan padahal pada bulan terakhir aku, sales aku paling top.

Bagi aku, mungkin tidak salah jika kita cuba membodek atau dibodek sekiranya cara kerja yang dilakukan mengikut kehendak atau keperluan yang ditetapkan.

Masalah mulai timbul apabila si kaki BODEK yang mendapat hasil atau jawatan hasil dari membodek, namun tidak menjalankan tugas atau tanggungjawab yang diberikan dengan sepatutnya. 

Akhirnya ia menyusahkan orang lain pula dalam menyiapkan tugasan tersebut, tanpa merasa bersalah masih boleh ingin mendapat kredit atas hasil orang lain.

Aku pernah tengok pekerja A, seorang pekerja lama tapi jujur dan tidak pandai membodek, kekal dengan jawatan yang disandang bertahun-tahun, tiba-tiba datang junior, kerjanya biasa-biasa tetapi bab BODEK sangat pandai akhirnya menjadi pegawai atasan bagi pekerja A. Adilkah begitu?.

Kalau setakat membodek, aku masih boleh terima tetapi kebiasaan apabila membodek pasti menikam belakang orang lain iaitu memburukan orang lain sedangkan apa yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali.

Ada juga yang aku tengok, membodek hanya untuk kekal pada posisi sama, asal tidak jatuh, tidak naik selamanya pun tidak kisah janji hati happy, datang kerja demi mencari rezeki buat keluarga.

Oleh kerana BODEK, aku pernah hilang kawan, selaku manusia, aku cuba memahami keadaan, hidup di kota dipenuhi kehidupan segala berbayar. Salah seorang kawan yang baru dikenali, aku lihat sering membodek, aku tidak kisah asal bahagia tetapi kalau sampai aku pula ingin disusahkan bukankah itu aniaya namanya?.

Sepanjang aku berada didunia pekerjaan, budaya membodek sangat diperlukan namun jangan sampai menyusahkan orang lain. 

Betapa hebat kuasa membodek ini, orang sepatutnya naik kekal, orang dibelakangnya pula naik. Aku sendiri pernah seseorang yang berjaya menjadi orang nombor satu dalam organisasi setelah bodek Menteri yang baru dilantik ketika itu.

Ma sering bertanya aku, mengapa aku tidak membodek ketika di Putrajaya?. Aku hanya mampu berkata aku tidak pandai membodek tetapi pandai bekerja sehingga setiap tugasan berjaya dilaksana.

Disebabkan gagal membodek akhirnya aku sering menjadi mangsa orang yang pandai membodek dan mendapat pujian kerana usaha yang dilakukan oleh orang lain.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?