Bola Sepak Kedai Kopi

Semacam tabiat baru pada diri ini, apabila suka bersarapan di kedai makan, hakikatnya aku jenis yang susah untuk melepak jika tiada sebab yang khusus.

Bercakap soal bersarapan di kedai, salah satu aktiviti yang wajib semestinya bersembang dalam apa sahaja isu yang dianggap relevan untuk diperkatakan. 

Kebetulan owner warung, port baru aku suka lepak merupakan salah seorang Jurulatih Bola Sepak Tempatan, jadi isu bola sepak menjadi antara topik yang disembangkan.

Aku baru sahaja tahu bahawa di kawasan Pekan kecil ini telah wujud Akademik Bola Sepak, khusus untuk anak-anak muda yang berminat dalam sukan tersebut. Jumlah penglibatan bukan kaleng-kaleng, boleh dikatakan 70 - 80% golongan belia terlibat secara langsung.

Aku baru tahu dan faham tentang liga bola sepak peringkat daerah atau negeri. Rasa malu pula diri ini apabila tidak terdedah dengan perkembangan sedemikian sedangkan ia berkaitan dengan daerah aku sendiri.

Dari satu sudut, aku tumpang bangga di atas pencapaian yang ditunjukan oleh pasukan bola sepak belia kawasan ini. Ketika dari satu sudut berbeza, aku melihat penglibatan golongan muda dengan dadah semakin serius, dengan ada peluang terlibat bola sepak, semestinya risiko terbabit dadah menurun.

Sekiranya perancangan dibuat dengan sistematik dengan sokongan yang sepatutnya, tidak mustahil daerah Ketereh bakal menjadi daerah yang membekalkan pemain-pemain yang berkualiti di Peringkat Negeri dan Negara.

Impian untuk menyaksikan pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia satu masa nanti tidak mustahil tercapai sebagaimana layaknya pasukan Jepun & Korea Selatan ketika ini. Persoalannya hanya adakah kita betul inginkan atau hanya tinggal semangat tanpa usaha yang seharusnya.

Selaku pemerhati tidak berbayar, sebarang aktiviti yang mampu menghalang golongan belia dari terjerumus dengan najis dadah, aku akan memberi sokongan sepenuhnya.

Intipati sembang sebegini menyeronokan bagi aku berbanding asyik bersembang soal politik semasa, sedangkan anak-anak belia semakin ramai terlibat dengan najis dadah, malah kini wujud pula penagihan daun ketum yang.

Aku sering memerhatikan topik perbualan kedai kopi oleh golongan veteran di kawasan kediaman, boleh dikatakan hampir 100% topik perbualan menyentuh perkara yang tidak berfaedah. Mengkritik kerajaan berkobar-kobar, anak terlibat dadah, ambil jalan mudah biarkan.

Cuma aku merasa pelik mengapa orang tua luar bersembang di kedai kopi, pasti nampak hasilnya, pasti ada gerak kerjanya tetapi sembang orang tua kampung aku, setakat tambah dosa kering semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?