ANAK PASTI DIPUJI IBUBAPA

ANAK PASTI DIPUJI IBUBAPA WALAUPUN APAPUN KEADAANNYA


Setiap pasangan yang bergelar ibubapa pasti menyayangi anak-anak mereka. Salah satu tugas yang sentiasa cuba dilaksanakan ialah melindungi anak-anak dari sebarang ancaman.

Namun ada satu perkara yang menarik perhatian aku ialah setiap ibubapa, pasti mempunyai elemen memuji anak mereka dihadapan orang lain.

Aku faham ia adalah sifat semulajadi ibubapa untuk memuji anak-anak mereka. Walaupun pernah melakukan kesalahan atau jenayah, tetap mengatakan anak mereka yang terbaik.

Ianya sedikit merisaukan aku sebenarnya, bimbang jika ibu memuji anak-anaknya di hadapan orang lain, bimbang takut ianya menimbulkan rasa kurang selesa pada orang yang mendengarnya.

Anak-anak pula kadangkala tidak memikirkan perihal ibubapa mereka terutama ketika melakukan sesuatu perkara terutama yang menyalahi undang-undang.

Anak baru menduduki ujian tapisan tapi ibubapa dah mencanang bahawa anaknya berjaya untuk ditemuduga.

Anak baru dipanggil untuk temuduga, ibubapa telah mencanang anaknya berjaya mendapat pekerjaan. Apabila anak-anak terjebak melakukan kesilapan yang memalukan, ibubapa akan menutup bicara serapatnya.

Bagi aku, ibubapa seharusnya tidak terlalu bersikap memuji anak dihadapan orang lain, ini kerana bukan semua orang suka melayan pujian yang diberikan pada anak sendiri.

Biarlah orang lain memuji anak kita, jangan kita sendiri memujinya, keadaan sebegini yang sebaiknya.

Aku berpegang pada satu prinsip iaitu orang ramai senang mengingati sesuatu yang buruk  yang dilakukan berbanding sesuatu kebaikan yang dicanangkan.

Kita harus ingat bahawa rakyat Malaysia kini masih terikat budaya lama sejak zaman berzaman. Tahu memuji anak, mengata orang tetapi apabila terkena anak sendiri tahu pula rasa marah.

Ibubapa masa kini, jangan terlalu leka memuji anak-anak sehingga lupa memantau atau berjaga-jaga dengan keadaan anak-anak.

Hal ini kerana aku pernah mendengar penerangan dari Pegawai Polis dari IPD Kota Bharu. Ia berkisar tentang anak-anak masa kini yang dihadapan ibubapa pandai bermain wayang namun sebaliknya merupakan pengguna & pengedar dadah pula.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?