Bila Orang Tua Biadap

Apabila berbicara tentang soal ADAB, semestinya kita mengetahui bahawa kebiasaan orang muda yang harus menghormati & menjaga ADAB terhadap orang yang lebih tua.Bagaimana jika keadaan sebaliknya iaitu orang tua pula yang bersikap biadap terhadap orang muda?, adakah boleh dimaafkan dengan alasan mereka adalah orang tua?.

Mengapa aku ingin menulis berkaitan dengan ADAB & ORANG TUA kali ini?, hal ini kerana terlalu kerap aku sendiri terpaksa melayan karenah sikap orang tua yang agak keterlaluan.Apabila terjadi sesuatu perkara atau situasi yang tidak sepatutnya, amat jarang untuk masyarakat meletak kesalahan kepada orang tua walaupun hakikat salah mereka.

Aku seorang yang mudah beremosi tapi arwah abah sentiasa mengajar aku untuk bersabar dan mengikuti peraturan walau apapun keadaan. Walaubagaimanapun apabila berdepan dengan orang tua yang biadap & tidak tahu menghormati orang lain termasuk orang muda. Aku kadangkala hilang sabar.

Apabila kita tegur, mula ingin tunjuk samseng, konon-konon telah ramai menjadi mangsanya, kalau bekas banduan, boleh juga aku percaya tetapi setakat mulut jea samseng tapi berjalan bertongkat baik duduk rumah sahaja. Aku harus akui bahawa aku bukan seorang kaki Masjid, bahkan hampir kebanyakan kaki masjid merupakan orang tua, akan tetapi jangan ingat mereka tidak biadap?. Aku bercakap berdasarkan orang tua di kampung aku.

Masjid sekarang hampir kesemua ada kemudahan penghawa dingin, termasuk masjid yang sering aku bersolat. Pihak masjid memasang unit tambahan penghawa dingin menegak. Cuba bayangkan, apabila datang seorang ahli masjid dengan selamba off unit penghawa dingin tersebut dengan alasan sejuk.

Persoalan ialah adakah unit penghawa dingin itu untuk dia?, jika sejuk, mengapa duduk di saf hadapan sekali?. Keadaan ini cukup memberi gambaran kebiadapan orang tua walaupun sembahyang pakai kerusi. Di Sekolah, para cikgu telah memberi pembelajaran terbaik untuk anak-anak murid mereka termasuk apabila bercakap dengan orang tua.

Tapi apa perasaan kita jika orang muda bercakap dengan penuh sopan tetapi dibalas dengan penuh biadap?. Layakkah mereka yang biadap ini dihormati?. Aku sendiri rasa tertekan apabila berada dalam kelompok sebegini, benar orang tua harus kita hormati tetapi orang muda juga harus dihormati sama. 

Satu masa kelak, jangan marah pada penjenayah yang membuat jenayah kerana mungkin ibubapa mereka yang ajar mereka jadi penjenayah.

Jika aku huraikan definisi orang tua biadap ikut kamus aku, rasanya tidak akan pernah cukup, namun aku kongsikan beberapa pengalaman kecil aku bertembung dengan orang tua yang biadap. Kebiadapan orang tua yang sering aku alami ialah ketika memotong barisan,  salah satu contoh ketika mengambil nombor giliran pendaftaran Klinik Kesihatan Daerah. Tidak kira perempuan atau lelaki, sama-sama biadap sehingga aku tertolak ke belakang demi mendapatkan nombor giliran terawal.

Mengapa berkira dengan orang tua?, apabila menyentuh soal giliran, tiada istilah tua atau muda. Apabila kita cuba ikut sistem manusia yang bertamadun, tiba-tiba terjumpa makhluk yang sama seperti kita tetapi masih bersikap kurang KETAMADUNAN. Salah untuk kita rasa marah?, jika haiwan mungkin boleh.

Kemudian, waktu aku ingin membeli makanan di pasar malam atau pasar tani, aku penuh sabar menanti giliran untuk membeli, tiba-tiba datang oran tua ini memotong giliran, terus kedepan untuk membeli makanan yang sama. Di mana adab?, melihat susuk tubuh jelas berada di peringkat atuk atau moyang tetapi biadap.

Hakikat aku pernah berjumpa orang tua yang terbawa-bawa perangai zaman mudanya iaitu suka ikut perangai sendiri, hanya dia sahaja betul manakala orang lain salah. Hakikat ketamadunan sesuatu bangsa dilihat pada pelbagai peringkat termasuk sikap warga tua bangsa itu sendiri. Majukah bangsa aku?


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?