Khusus Buat Arwah


Memasuki hari ke-4, pak cik meninggal dunia. Atas persetujuan bersama, majlid tahlil untuk arwah pak cik hanya dilakukan selama 3 hari sahaja dengan harapan, semoga apa yang dilakukan dapat meringankan bebanan pak cik di sana nanti.

Hanya jiran tetangga dan kelompok pelajar yang berada di bawah jagaan arwah dijemput, majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, hakikatnya walaupun tahlil bukan sesuatu yang wajib dilakukan, bahkan ia bukan sesuatu yang disarankan dalam Islam pada pandangan Ulamak, namun ia dibolehkan bergantung kepada kemampuan keluarga si mati.

Niat kami sebagai keluarga arwah, semoga setiap pahala yang diperolehi ketika mengadakan Majlis Tahlil, Allah SWT kurniakan kepada arwah pak cik.

Mudahan ada rezeki lagi buat kami untuk melaksanakan doa selamat buat ahli keluarga yang telah meninggalkan kami buat selamanya.

Benar, apabila mati seorang anak ADAM, terputus hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu Anak yang Soleh, Harta yang di Wakafkan serta Ilmu yang bermanafaat. Tiada hadis berkaitan dengan Tahlil, cuma selaku manusia biasa kita berusaha dengan harapan semoga Allah SWT menerima. 

Aku berharap anak-anak yang ditinggalkan terutama 2 orang anak lelaki bakal membantu pak cik di dalam alam kubur nanti. Itulah fitrah atau lumrah kehidupan yang kita sedar atau tahu namun kita seringkali lupa seingat terlambat untuk menyedari bahawa Bekalan Kematian kita sangat sedikit.









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?