KISAH AWAL TAHUN 2020

PERISTIWA TERCATAT BULAN JANUARI


Hari ke-7 untuk tahun 2020, aku percaya seluruh dunia masih dalam keadaan mood bersemangat sempena tahun baru yang begitu istimewa jika dilihat pada nombornya iaitu 2020.

Walaupun baru memasuki hari ke-7, pelbagai kisah telah tercatat dalam diari kehidupan manusia sejagat.  Bagi dalam negara, semestinya berkenaan Pilihan Raya Kecil Kimanis.

Pertembungan di antara calon Parti Komponen BN dengan Calon Parti Warisan Sabah yang sebelum ini, kerusi Kimanis adalah milik Parti BN.

Ketika ini, aku menjangkakan para pemimpin dari kedua belah pihak yang bertanding, berkampung di Parlimen Kimanis. Alhamdulillah, rezeki pengundi Kimanis barangkali apabila setiap Menteri mengumumkan projek pembangunan khusus buat warga Kimanis. 

Aku berdoa semoga janji tertunai jika warga Kimanis memilih calon BN untuk menduduki kerusi di Dewan Rakyat kelak.

Seterus kisah berkisar pengumuman Menteri Kewangan berkenaan pembayaran pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020 yang dijangka dikreditkan pada 20 Januari 2020.

Walaubagaimanapun, kumpulan fokus bayaran BSH kali ini sedikit berbeza, terutama bayaran untuk golongan bujang. Had usia yang ditetapkan adalah 40 tahun ke atas, pelik bukan berapa ramai orang bujang berusia 40 tahun ke atas?.

BSH yang merupakan kesinambungan BR1M masih memainkan peranan  meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat ketika ini, kos hidup semakin meningkat hari demi hari, kemudian pemimpin pula berpesan jangan DENGKI dengan orang KAYA.

Semestinya bilangan penerima dalam kelompok bujang 40 tahun ke atas lebih sedikit berbanding bilangan penerima sebelumnya. Adakah kerajaan menjangkakan rakyat tidak mengetahui mengapa had umur bujang di ubah?.

Bantuan Sara Hidup merupakan kesinambungan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang di perkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri ke-6, ketika itu mantan Perdana Menteri ke-4 sibuk memperkatakan bahawa BR1M adalah membazir.

Bagaimana keadaan dunia sejagat?, rantau Asia Barat kini dilihat semakin di ambang peperangan besar di antara Amerika Syarikat & Iran. Seandai ia terjadi, bukan kaleng-kaleng kerana masing-masing mempunyai kekuatan senjata Nuklear yang dirahsiakan selama ini.

Sementara itu, negara jiran kita ketika ini sedang uji sekali lagi. Indonesia dilanda bah banjir yang meragut banyak korban seperti dilaporkan oleh media antarabangsa dan tempatan.

Selain Indonesia, Australia turut diuji dengan situasi kebakaran yang melampau di beberapa kawasan sehingga di istihar darurat, bahkan keadaan langit di kawasan terbabit menjadi merah kesan kebakaran yang merebak.

Usaha terus dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan & pusat demi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terlibat termasuk haiwan.

Jika keadaan negara & dunia boleh dipindahkan ke sekeping kertas putih, aku amat percaya ia menjadi lukisan yang penuh dengan warna-warna bagi memberi gambaran apa yang telah berlaku & bakal berlaku.

Aku tidak pasti apa yang menanti di kemudian nanti, kerana hidup ini semestinya penuh kejutan & teka-teki, adakah mampu kita tempuhi atau hadapi hanya Allah SWT jua Maha Mengetahui.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?