KORONAN / WUHAN VIRUS MENGGONCANG DUNIA

KORONAN / WUHAN VIRUS MENGGONCANG DUNIA

Ketika ini, topik yang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia ialah berkaitan dengan Koronan / Wuhan Virus. Wabak yang kini semakin merebak walaupun nisbah pesakit yang positif boleh dikatakan terkawal pada pandangan peribadi aku.

Malaysia turut menjadi salah sebuah negara yang tersenarai bagi negara yang mempunyai pesakit atau pembawa yang positif Koronan / Wuhan Virus.

Walaupun bilangan pesakit yang positif amat rendah tetapi ia menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia kerana polisi kerajaan ketika ini yang membenarkan kehadiran Pelancong dari China memasuki negara tanpa memiliki VISA.

Benar, sejarah membuktikan bahawa Malaysia pernah diuji dengan wabak atau virus yang membahaya sebelum ini, membuatkan pakar-pakar kesihatan negara yakin mampu menangani sebarang konflik kesihatan yang bakal terjadi.

Namun, selaku rakyat yang dikatakan MALAS, semoleknya langkah pencegahan drastik harus diambil sebelum ada nyawa yang melayang. Aku faham bahawa negara mengikut garisan panduan yang ditetapkan oleh WHO, badan dunia yang bertanggungjawab dalam soal tahap kesihatan sejagat. 

Namun, ikut logik otak yang MALAS macam aku, ketika ini pakar-pakar perubatan masih samar-samar dalam mengenalkan pasti kaedah rawatan virus tersebut. Punca mungkin telah ditemui tetapi bagaimana mengubatinya, pakar-pakar Vaksin dunia pun aku percaya ketika ini berusaha mencari Vaksin yang terbaik.

Aku percaya MASA kini memainkan peranan penting bagi mencari jalan penyelesaian berhubung KORONAN / WUHAN VIRUS. Jawapan pasti kita temui tetapi persoalan bermain di fikiran, bagaimana keadaan masyarakat dunia ketika penawar atau vaksin telah ditemui?.

Kaedah penyebaran virus, aku yang bukan sainstis faham, masih belum dapat disahkan bentuk penyebaran kerana masih diperingkat kajian khusus. 

Kita hanya tahu bahawa ia tersebar dari haiwan kepada manusia, bagaimana di antara haiwan ke haiwan?. Dari pembawa 1 kepada pembawa ke-2, berapa lama virus itu bertindak atau memberi tanda-tanda jangkitan?.

Alhamdulillah, kelmarin, kerajaan mula menangguhkan polisi kehadiran pelancong ke Malaysia tanpa visa sehingga situasi pulih. Bagi aku, itu adalah salah satu usaha bagai mencegah keadaan semakin tidak terkawal.

Manusia itu sememang tidak sempurna, ketika  dunia sedangkan memikirkan kaedah rawatan, timbul pula individu - individu yang cuba menimbulkan panik dikalangan masyarakat. Mengapa begitu?, apa keuntungan melakukan hal sedemikian?.

Kini bukan hanya bandar Wuhan di kuaritin, bandar - bandar lain yang menunjukkan peningkatan pesakit turut terbabit sama. WHO melalui kenyataan di media sosial, sedang berusaha mengenalpasti tahap keseriusan wabak yang sedang melanda kini.

Bandar Wuhan yang dikatakan sebuah bandar yang sibuk dengan pelbagai aktiviti, kini sunyi sepi apabila kerajaan China melaksanakan perintah berkurung. Datuk Bandar Wuhan memberi kenyataan bahawa 5 juta penduduk Wuhan telah keluar dari Bandar Wuhan sebelum pelaksanaan perintah berkurung.

Persoalan mula bermain difikiran, ke mana destinasi yang di tuju oleh 5 juta penduduk Wuhan?, apakah status kesihatan mereka ketika keluar dari bandar Wuhan?.

Aku berharap anggaran aku salah iaitu tempoh wabak ini dapat dibendung masih panjang. Kita kini berharap agar-agar pakar-pakar kesihatan berjaya menemui jawapan yang dicari. Bagi negara-negara yang tersenarai, harus bersedia dengan peruntukan untuk mendapatkan penawar atau vaksin yang berjaya ditemui nanti.

Apa yang pasti, ada nyawa yang telah terkorban di Wuhan, sebagai Muslim, kita disarankan untuk melakukan solat hajat agar Allah SWT melindungi kita dari ujian ini.

Ameen ya rob

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?