PEMOTONGAN ELAUN KRITIKAL

(PEMOTONGAN ELAUN KRITIKAL/PEMOTONGAN ELAUN KAKITANGAN AWAM/google.com, pub-8513704964416390, DIRECT, f08c47fec0942fa0)

Di akhir tahun 2019, kita dikejutkan dengan pengumuman penarikan balik elaun kritikal yang dinikmati oleh kakitangan awam selama ini oleh pihak kerajaan melalui JPA.

Semestinya pengumuman ini menarik perhatian ramai pihak kerana ia ingin dilaksanakan ketika keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu.

Kita sedia maklum bahawa ramai rakyat Malaysia kini kehilangan pekerjaan secara mendadak. Sumber pendapatan yang dinikmati selama ini kini telah tiada. 

Apabila Keputusan penarikan elaun ini ditimbulkan, semestinya ia sangat mendukacitakan rakyat terutama kakitangan awam yang terlibat.

Aku akui kerajaan mempunyai hak untuk menarik balik sebarang elaun yang dianggap wajar tetapi adakah wajar ketika ini ia dilaksanakan?.

Bagi aku, masih banyak isu atau pemasalahan rakyat yang masih belum ketemu titik penyelesaian sepatutnya. Keadaan ekonomi global yang sangat tidak pasti, kerajaan seharusnya pada pendapat aku, membantu bukan sebaliknya.

Maka tidak hairan jika aku secara peribadi melihat & merasai terlalu banyak tindakan yang diambil mendukacitakan rakyat secara keseluruhan. 

Adakah rakyat tersalah membuat pilihan pada PRU yang lalu?. Aku takut rakyat kini menyesali pilihan yang mereka buat sebelum ini. Pilihan yang memakan masa untuk dibetulkan kembali jika benar ia salah.

Aku sendiri, dahulu dimomokan dengan kedasyatan GST, namun apabila SST kembali, membuatkan aku berdoa  semoga Allah SWT mengembalikan GST kembali kerana sangat ketara perbezaan GST & SST.

Apabila rakyat mula bersuara dengan tindakan kerajaan ingin menarik balik elaun kritikal atas alasan penjimatan, tiba-tiba skrip berubah. 

Akhirnya mencapai keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet DITUNDA.

Apabila timbul cadangan potong elaun Jemaah Menteri pula, ada bersetuju ada yang tidak. Alasan diberi tanpa dipinta.

Kita sedia maklum bahawa jika Jemaah Menteri setuju untuk memotong elaun mereka. Pendapatan bulanan masih tidak terjejas, tidak seperti pemotongan elaun kritikal yang ingin dilaksanakan.

Bagi aku, secara peribadi, jika benar mereka adalah HARAPAN rakyat, maka eloklah dipotong elaun mereka, hasilnya disalurkan ke Tabung Rakyat yang kelak berperanan membekal barangan DAPUR buat rakyat yang hilang hasil pendapatan atau Miskin Bandar.

Jika alasan penjimatan diberi, maka seharusnya pemimpin menunjukkan contohnya terlebih dahulu barulah rakyat akan mengikuti bersama. 

Aku percaya sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui segalanya. Kita selaku hambanya jangan pernah putus berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua.

Rakyat dibawah sibuk berjuang demi sesuap nasi, peluh didahi belum kering, kudrat terus ditagih sehingga ajal menjemput nanti. Berbeza di atas, tak diucap kerana semua mengerti hakikat kerana dibawah yang mengangkat.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?