Iktibar Kisah Cinta

Setiap makhluk di atas muka bumi pasti menjalani satu proses yang dipanggil hubungan. Semestinya ia melibat lelaki dan perempuan. Bagaimana ia terjadi?. Ianya adalah takdir dari Allah SWT jua, cuma adakah ia terbina kerana Ilahi atau nafsu semata-mata.

Aku bukan ingin membuka aib sesiapa, cuma berkongsi rasa apabila berhadapan dengan situasi yang sangat menyedihkan apabila ia terjadi terhadap seorang lelaki dan sejujurnya aku sendiri pernah mengalaminya.

Mungkin situasi ini bukan hanya melibatkan wanita semata-mata tetapi termasuk lelaki juga. Betapa mudah hati berubah dan memaafkan cuma pada aku situasinya sahaja yang tidak kena kerana ada yang menjadi korban atas nama kebahagiaan.

Sejujurnya aku adalah seorang lelaki yang nakal terutama berkaitan dengan wanita. Namun masih wujud di kalangan masyarakat kita, lelaki yang sangat baik dan amat susah untuk berbicara tidak baik tentang soal wanita. Kebanyakan mereka merupakan lulusan pendidikan Islam atau bahasa mudah Ustaz.

Aku mengenali salah seorang Ustaz yang sering menjadi rujukan ketika aku menuntut di Kuala Lumpur. Sepanjang berkawan dengannya, seorang lelaki yang masih single kerana tidak begitu fokus dalam mencari pasangan.

Selaku manusia yang normal, pasti wujud perasaan untuk menyayangi dan disayangi, begitu juga dengan Ustaz. Kawan aku seorang ini, akhir jatuh cinta dengan seorang wanita yang sangat sepadan dengannya. Aku sangat happy melihat sahabat yang sentiasa menjadi rujukan ketika aku menghadapi masalah ini happy.

Walaupun mempunyai hubungan istimewa, batasan agama masih terpelihara. In sha Allah difahamkan Ustaz telah merancang untuk berkahwin dengan wanita yang sedang rapat dengannya. Itu yang semoleknya, perkara sunnah elok dipercepatkan segera.

Selaku seorang lelaki, pasti memahami perasaan seorang lelaki lain terhadap pasangannya. Begitu juga dengan Ustaz, aku tahu bahawa Ustaz sangat sayang pada kawan wanitanya yang kini dalam proses mengenali hati budinya. Malahan difahamkan hubungan tersebut telah diketahui oleh keluarga masing-masing.

Ketika hati sedang berbunga dengan perasaan sayang, tiba-tiba hubungan yang terjalin mula teruji apabila wanita yang mendekati ustaz sebelumnya. Mula menjauh diri secara tiba-tiba, aku percaya ia pasti mengundang kesedihan di hati Ustaz. 

Dikatakan, kekasih lama wanita tersebut kembali menagih kasih kawan wanita Ustaz. Sejujurnya aku tidak faham, adakah benar wanita itu sayang kepada Ustaz atau sekadar menjadikan Ustaz sebagai pelabuhan persinggahan kasih?.

Dikatakan hubungan ustaz terputus kerana kehadiran kembali bekas kekasih kawan wanita ustaz. Jika orang yang selama ini kita menyangka ikhlas menyayangi kita, rupanya dusta belaka. Buat apa lagi menanti kerana hati kita sendiri yang disakiti sedangkan mereka bahagia sambil menyalahkan takdir Ilahi.

Aku percaya masih ramai yang sudi menjadi suri hati Ustaz, seorang lelaki berilmu, berakhlak dan berAgama. In sha Allah pasti wanita yang lebih baik buat Ustaz. Aku beranggapan apa yang berlaku, ujian kecil buat Ustaz, ujian untuk belajar soal wanita.

Apa yang berlaku ada hikmah yang kita pasti mengetahui bila tiba masanya. Cuma kita harus faham bahawa dalam sebuah hubungan, bukan lelaki sahaja yang sering menjadi punca tetapi wanita pun sama.

Adakah benar wanita diuji ketika lelaki tiada apa-apa pada dirinya manakala lelaki diuji apabila memiliki segalanya pada dirinya. Hanya Allah SWT Maha mengetahui segalanya dan aku sendiri pernah ditinggalkan walaupun tiada ikatan rasmi sebagai kekasih.

Adakah jalan cerita pasti sama apabila bercinta dengan seorang wanita?.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?