BICARA SOAL INFLUENZA


Situasi ketika ini, status penyakit INFLUENZA di Malaysia semakin merebak, hari demi hari ada sahaja pesakit baru yang dikesan. Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak yang sangat mudah dijangkiti terutama dari kawan-kawan di Sekolah, tadika atau pusat asuhan.

Anak-anak cousin aku yang tinggal di Brunei turut terkena jangkitan Influenza, anak kedua dan bongsu. Kini sedang dikuaritin di Hospital.

Rata-rata pesakit yang di kesan berada di kawasan negeri di pantai barat dan selatan. Tidak mustahil bakal merebak ke kawasan pantai timur & utara kerana berdasarkan cara penyebaran penyakit tersebut iaitu melalui udara. Sangat mudah untuk sesiapa sahaja dijangkiti.

Orang-ramai harus sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda yang dialami oleh pesakit Influenza seperti yang dikongsikan di media sosial atau di kaca televisyen iaitu :

a) demam
b) seleseman
c) sakit tekak
d) batuk
e) sakit kepala
f) sakit badan
g) sukar bernafas
h) cirit birit.

Seandainya mempunyai tanda-tanda seperti dinyatakan, bersegeralah mendapatkan rawatan susulan di klinik swasta atau kerajaan.

Melalui informasi-informasi yang disiarkan melalui media sosial atau berita perdana, orang-ramai boleh mendapatkan vaksin di Klinik Swasta dengan kadar bayaran tertentu sekiranya disahkan dijangkiti Influenza.

Cousin aku kini terpaksa berulang-alik dari Brunei ke Kuala Lumpur bagi memantau perkembangan kesihatan anak-anaknya. Aku sangat memahami situasi yang dihadapi masa kini.

Adakah Influenza telah meragut nyawa?, aku tidak pasti persoalan tersebut, namun jika pesakit tidak mendapatkan rawatan susulan dengan segera, pasti amat membahayakan kesihatan diri dan orang sekeliling.

Paling penting, orang ramai terutama ibubapa harus mengambil langkah berjaga-jaga demi mengelak terkena penyakit influenza. Sesungguhnya berada didalam rumah lebih selamat berbanding berada di luar rumah.

Jangan lupa untuk memastikan terhadap perkara berikut iaitu:

a) jauhi tempat orang ramai
b) tutup mulut ketika bersin atau batuk
c) basuh tangan dengan sabun selepas batuk atau bersin
d) pakai penutup mulut jika selesema


Dari segi rohani, sesungguh bagi aku, apa yang berlaku merupakan ujian dari Allah SWT buat kita hambanya, mungkin selama ini kita jarang berbicara dengan Allah SWT. Maka dengan ujian sebegini, kita mula dekat kembali dengan Allah SWT.


                my health

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?