NEPOTISME


Minggu lepas, di antara isu hangat diperkatakan ialah permohonan seorang ayah untuk anaknya agar dilantik sebagai ahli lembaga pengarah bagi salah sebuah GLC negara. Rujukan akhbar sharian.

Surat yang berkaitan tular di sosial media dan mengundang respon negatif rakyat Malaysia. Hal ini sekaligus memperkatakan budaya Nepotisme.

Apakah itu budaya Nepotisme?. Berdasarkan Wikipedia, ia merupakan sikap lebih mengutamakan saudara-mara bagi mengisi jawatan yang berkepentingan berbanding memilih mereka yang benar-benar layak.

Pada aku, budaya Nepotisme adalah sama dengan budaya kronisme. Budaya keduanya harus dihapuskan dalam masyarakat. 

Mampukah ia dihapuskan?, berdasarkan pengalaman aku selama ini. Budaya Nepotisme atau Kronisme akan terus wujud dalam masyarakat kita. Ia bagai sudah sebati dengan dasar pemikiran masyarakat dahulu sehingga sekarang.

Budaya Nepotisme atau Kronisme bakal mewujudkan budaya rasuah secara tidak langsung dan itu amat membahayakan negara.

Sebagai contoh sebuah syarikat A mendapat tender bina bangunan melalui Nepotisme atau Kronisme kemudian melakukan rasuah. Bahan binaan yang digunakan tidak berkualiti.

Akhirnya apabila siap, bangunan yang dibina mula mempunyai masalah, besar kemungkinan berdepan risiko runtuh dan akhirnya ada nyawa yang melayang.

Hakikatnya keadaan memohon sokongan ini sentiasa wujud dalam masyarakat Malaysia dan ia sangat disedari cuma tidak tahu ingin diluahkan bagaimana.

Aku pernah mempunyai sedikit pengalaman berkaitan dengan SURAT SOKONGAN. Ianya ketika aku menjalani latihan praktikal di salah sebuah GLC ternama yang menawarkan biasiswa buat para pelajar cemerlang.

Aku boleh katakan bahawa dalam 100 permohonan yang dihantar, 10 permohonan melampirkan pelbagai surat sokongan dengan niat agar permohonan yang dihantar diberi keutamaan berbanding yang lain.

Bahkan dalam situasi yang berbeza, aku pernah dihubungi oleh seseoran yang memperkenalkan dirinya dengan gelaran VVIP, tujuan panggilan tersebut tidak diketahui namun sehingga proses pemilihan selesai, individu terbabit sentiasa cuba berhubung dengan aku.

Mungkin sikap meminta surat sokongan ini menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia terutama ibubapa yang mendapatkan surat sokongan dari ADUN atau MP kawasan masing-masing bagi anak-anak mereka.

Pada pendapat aku sejujurnya, isu ini hakikat bukan merujuk siapa yang memberi surat sokongan tetapi siapa yang meminta surat sokongan. 

Siapa yang lebih bernilai?, seorang ayah yang merupakan askar pencen atau seorang ahli Parlimen yang berstatus Menteri atau Timbalan Menteri?. Rasanya sesiapa pun dapat mengagak siapa yang akan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Aku percaya bahawa ada sahaja pihak yang menjadi mangsa situasi sebegini iaitu seharusnya si A yang mendapatkan peluang tetapi terkandas di saat akhir kerana si B ada KABEL lebih besar.

Sebagaimana kisah aku menghadiri temuduga sekitar tahun 2007, sebelum sesi temuduga bermula, aku sempat berjumpa dengan calon lain. Salah seorang dari mereka begitu bangga menyatakan bahawa mereka confirm dapat kerja tersebut kerana ada KABEL.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?