IBU MERTUA

 MENANTU PILIHAN ATAU SEBALIKNYA


Aku sebenarnya tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengan Ibu Mertua atau menantu. Maklumlah ketika ini, aku atau abang yang sulung masih dalam kategori bujang.

Mungkin ada kisah yang boleh dikongsikan untuk tatapan mereka yang membaca penulisan kali ini, maklumlah apabila menyebut soal mertua atau menantu, ia boleh dikatakan sesuatu yang agak peribadi bagi sebuah ikatan perkahwinan terutama dalam masyarakat Melayu.

Mertua merupakan istilah yang digunakan pada ayah atau ibu kepada pasangan yang dikahwini, kalau aku dijadikan rujukan, ia merujuk ayah & ibu kepada bakal isteri aku nanti.

Cuma betulkah mertua terutama ibu mertua tidak boleh tinggal bersama menantu?. Aku tidak pasti jika menyentuh soal tersebut, cuma aku ada pengalaman berkenaan satu pasangan suami-isteri yang pada mata jiran tetangga bahagia.

Namun apabila satu malam, kedengaran suara wanita menangis dan suara lelaki yang menengking sehingga kedengaran satu taman, itu sesuatu yang mengejutkan. Kes tersebut agak lama terjadi cuma difahamkan ia berpunca dari campur tangan mertua, menyebabkan hubungan suami-isteri menjadi tegang.

Bagi ibu aku, jika ditakdirkan aku atau abang bertemu jodoh, ibu hanya inginkan seorang menantu yang dapat menerima kami sekeluarga yang serba kekurangan. Jaga solat, jaga tingkah laku dan paling penting dari keturunan yang baik-baik.

Maksud keturunan baik-baik ini ialah walaupun keadaan bagaimana sekali pun jangan sesekali melakukan sesuatu yang melanggar syariat, ma takut ketemu menantu yang menjadi kupu-kupu malam. Perempuan melayu semakin ramai sebegitu?.

Aku pernah jumpa wanita yang sanggup biarkan tubuh badannya menjadi ratahan demi wang yang banyak, demi kemewahan dari lelaki hidung belang.

Pada aku, mertua dari suami pasti tidak begitu cerewet berbanding mertua dari isteri atau bakal pengantin perempuan, amat pasti inginkan bakal suami atau menantu yang mempunyai pendapatan yang lumayan, maka sebab itu hantaran yang diletak tidak masuk akal.

Aku pernah ketemu bakal mertua yang meletak hantaran belasan ribu ringgit sehingga mencecah puluhan ribu ringgit demi menghalalkan sebuah perkahwinan. Kemudian mendesak menantu lelaki beli rumah, beli kereta dan pelbagai lagi.

Aku sendiri pernah dilarang berkawan kerana seorang penganggur sedangkan bakal menantu yang akan dijodohkan dengan anaknya seorang yang berpendapatan puluhan ribu ringgit.

Hakikat yang semua pihak termasuk mertua harus terima bahawa apabila terjadinya sebuah ikatan perkahwinan, maka biarlah sang suami belajar menetapkan hala tuju perkahwinan tersebut kecuali sekiranya sang suami bertindak kejam atau tidak adil pada sang isteri.

Paling menyedihkan sekiranya menantu sentiasa menjadi bahan umpatan mertua, ada sahaja tidak kena di mata mertua di atas setiap yang dilakukan oleh sang menantu. Aku pernah ada pengalaman berkaitan dengan keadaan tersebut.

Paling penting adalah esok. Adakah ri memilih nurul atau mia?. Bagaimana nasib alisa & faiq?. 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?