INGKAR SOP

 PENULARAN KERANA SALAH SENDIRI



Pandemik Covid19 masih menjadi isu glocal ketika ini, walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara yang di iktiraf sebagai negara yang berjaya mengawal penularan pandemik tersebut. Ia bukan satu alasan untuk kita semua leka bahawa Covid19 mampu muncul pada bila-bila masa sahaja.

Kita sedia maklum bahawa Malaysia ketika berada dalam fasa pemulihan terutama dari segi ekonomi setelah hampir 4 bulan kita dikenalan kawalan pergerakan atau MCO. Tempoh PKPP bakal berakhir pada 31 ogos 2020.

Pihak KKM atau MKN dilihat, memperkenalkan pelbagai SOP apabila negara mula memasuki fasa pemulihan, namun ada sesuatu bermain difikirkan iaitu adakah rakyat Malaysia akan mematuhi SOP yang ditetapkan?.

Jawapan bagi persoalan tersebut ada pada laporan harian KKM atau MKN iaitu berlaku pertambahan kluster penularan disamping kadar peningkatan jumlah pesakit yang positif tiba-tiba bertambah. Kluster Sivagangga merupakan salah satu contoh bahawa rakyat Malaysia gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kegagalan yang merujuk kluster Sivagangga adalah pertama owner gerai makan tidak mematuhi SOP iaitu harus kuarintin di rumah selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. Kegagalan tersebut menyebabkan berlaku penularan dikalangan pelanggannya yang mana berlaku kegagalan berikutnya iaitu pelanggan tidak mencatat nama atau nombor untuk dihubungi ketika berada dalam premis terbabit.

Aku melihat kegagalan mencatatkan nama pelanggan serta nombor untuk dihubungi menyebabkan pihak KKM atau MKN sukar untuk mengesan kontak yang terkait dengan kluster sivagangga atau owner kedai makan tersebut.

Paling jelas kesan dari kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan, kita dapat melihat radius penularan yang terkait dengan Kluster yang diperkatakan. Tempat menjadi tumpuan maka risiko penularan tinggi dan ditakuti berlaku situasi luar jangka atau tidak terkawal.

Aku cuba membuat tinjauan di kawasan setempat, lokasi kediaman aku ketika ini. Banyak premis menyediakan buku atau kod QR apps mysejahtera untuk para pelanggan scan melalui hp.

Namun bukan semua premis benar-benar mempraktikan SOP tersebut, ada premis membiarkan pelanggan memasuki premis mereka tanpa scan kod QR atau menulis nama pada buku daftar yang disediakan.

Belum lagi menyentuh penyediakan sanitizer dan penyukat suhu badan yang dikatakan harus disediakan oleh pemilik premis. Sejujurnya pada pemahaman aku berdasarkan pemerhatian, rakyat Malaysia masih ramai belum memahami betapa bahaya penyakit COVID19 ini.

Walaupun kerajaan dilihat cuba menggunakan cara educated with law apabila mewajibkan rakyat memakai facemask bermula 1 ogos 2020 ketika berada di kenderaan awam dan lokasi tumpuan umum. Namun ia seolah-olah masih dipandang mudah oleh segelintir masyarakat, apabila terkesan baru ingin menyesal tetapi ia sudah terlambat.

Aku sendiri melihat, pelanggan yang ingin masuk ke premis tumpuan orang ramai, walaupun buku log in di sediakan tetapi enggan fill details mereka pada buku tersebut. Cuba bayangkan jika salah satu pelanggan yang ada di premis terbabit merupakan pembawa. Pasti mereka yang enggan isi maklumat tidak mengetahui bahawa mereka telah dijangkiti.

Maka sekiranya gelombang baru benar-benar tercetus, ia adalah salah sikap kita sendiri yang ambil mudah dalam isu pandemik ini. Paling menyedihkan kerana kesilapan kita, ada nyawa yang menjadi korban terutama kelompok yang dikategorikan berisiko tinggi.

Hakikat sebenar, jangan mudah untuk memutuskan rantaian ini, jika kita benar-benar mematuhi apa yang disarankan oleh pihak kerajaan. Mencegah lebih mudah dari merawat. Namun sikap masyarakat masih ditahap yang masih rendah pada pendapat peribadi aku.

Mungkin dari RM1000 akan dinaikkan kepada RM2000 kerana masih ingkar arahan dan masih rasa apa yang disarankan untuk mematuhi SOP itu tidak penting sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menjadi Guru

AKU PELAJAR PENGAJIAN MEDIA,

BAGAIMANA MENJADI TELEMARKETING?